Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Yana Samsudin Teroka Bidang Perniagaan Baru, Tampil Dengan Produk Minuman Susu Oat Bagoos!

02/11/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Extra
Yana Samsudin Teroka Bidang Perniagaan Baru, Tampil Dengan Produk Minuman Susu Oat Bagoos!

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Yana Samsudin, nama yang tidak asing lagi di dalam industri hiburan Malaysia. Malah, selain berlakon pemilik nama Norliana Samsudin,39, ini juga merupakan seorang pengarah, penulis skrip dan penyanyi.

Selain industri hiburan, ibu kepada dua orang anak ini juga sangat aktif dalam dunia streamer atau penstriman permainan video atas talian sejak empat tahun lalu.

Tidak pernah jemu untuk meneroka bidang baharu, Yana yang juga seorang usahawan kini muncul dengan produk terbaharu iaitu, MINUMAN SUSU OAT BAGOOS.

Mungkin ramai tertanya-tanya mengapa Yana memilih untuk mengeluarkan produk minuman yang sudah tentu berbeza dengan cabang perniagaan yang dimiliki iaitu Ayana Hijab, label tudung jenama sendiri yang dimilikinya sejak lapan tahun lalu.

Menurut Yana, segalanya bermula apabila beliau mula memikirkan tentang gaya hidup yang lebih baik, apatah lagi ketika usia semakin meningkat dan dalam masa sama boleh dimanfaatkan seisi keluarga termasuk anak-anak.

“Sebagai seorang isteri dan ibu, sudah tentu saya mahukan yang terbaik buat keluarga. Salah satu caranya ialah dengan menjaga pengambilan makanan mereka seperti makan berkhasiat, makan mengikut waktu, dan cepat untuk disediakan.

“Tetapi saya sedar kadang kala kekangan masa itu membataskan dan saya percaya para ibu di luar sana turut melalui pengalaman sama. Jadi saya terfikir, mengapa tidak saya hasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada keluarga, peminat saya.

“Saya tau kesihatan itu lebih mahal dari segalanya. Jadi mengahasilkan sesuatu yang bermanfaat adalah pilihan tepat.

“Tambahan juga saya adalah seorang yang cerewet dalam pemilihan makanan atau apa sahaja yang masuk ke dalam perut saya dan saya siapkan hidangan untuk keluarga saya.

“Contohnya, kalau orang lain nampak makanan itu adalah makanan, tapi saya nampak makanan itu seperti sains makanan, saya akan mengira portion seperti serat, protein dan karbohidrat serta jumlah kandungan kalori yang saya ambil. Dan begitu juga jika menghidangkan makanan untuk keluarga saya.

“Secara ringkasnya saya fikir, mengapa tidak saya kongsikan dengan semua apa yang menjadi amalan saya dan keluarga selama ini.

“Sebelum ini pun ketika saya keluarkan jenama tudung sendiri, saya pakai dahulu baru saya hasilkan dan pasarkan. Samalah juga dengan MINUMAN SUSU OAT BAGOOS, bila saya keluarkan produk minuman ini, bermakna saya sendiri sudah mencubanya dan semestinya ia ‘MINUMAN SUSU OAT BAGOOS’ untuk seisi keluarga saya. Bukan sahaja berkhasiat, lazat & tambah tenaga” katanya.

Ketika ditanya tentang idea untuk menghasil MINUMAN SUSU OAT BAGOOS, isteri kepada pelakon Fadzil Zahari ini berkata, beliau mahu mendidik masyarakat untuk mengambil pemakanan yang lebih sihat dan berkhasiat.

Kata Yana lagi, dia sedar keputusan diambil untuk mengeluarkan produk minuman oat ini sangat berisiko kerana ia bukanlah makanan ruji masyarakat Malaysia yang sudah terbiasa dengan nasi lemak, roti canai, teh tarik terutama ketika bersarapan di waktu pagi.

“Di sinilah cabarannya, kalau di Eropah minuman oat memang sangat popular sangat berbeza dengan orang di sini. Jadi, saya perlu educate mereka untuk memulakan hari dengan sesuatu yang lebih berkhasiat.

“Saya tidak kata kita perlu tinggalkan nasi atau apa sudah menjadi kebiasaan, tetapi tidak salah jika kita tukar kepada MINUMAN SUSU OAT BAGOOS yang lengkap nutrisinya.

“Sekurang-kurangnya para ibu selepas ini tak pening dah nak sediakan sarapan kerana MINUMAN SUSU OAT BAGOOS mudah disediakan dan mengenyangkan. Pagi-pagi seisi keluarga sudah bertenaga dan dapat nutrisi lengkap,” katanya.

Tambah Yana, untuk menghasilkan MINUMAN SUSU OAT BAGOOS, beliau telah melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk selama hampir setahun.

Katanya, MINUMAN SUSU OAT BAGOOS merupakan produk minuman tanpa tenusu dan krimer serta sangat bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang mempunyai penyakit ekzema.

“Saya telah menjalankan R&D selama hampir setahun untuk pastikan rasa MINUMAN SUSU OAT BAGOOS dapat diterima oleh pelbagai lapisan umur, jantina dan pastinya ahli keluarga dan teman-teman terdekat saya telah menjadi testimoni terawal di peringkat R&D .

“Produk minuman tanpa krimer dan tenusu ini juga sangat dekat dengan diri saya, sebab saya ada ekzema. Jadi saya elak menggunakan bahan pengawet dan pewarna dalam minuman harian pati oat ini.

“Tiada GMO dan mengandungi beta glucan yang dapat menjaga jantung dan membantu merendahkan kolestrol,” katanya.

MINUMAN SUSU OAT BAGOOS dikeluarkan dengan lima pilihan perisa yang enak tetapi buat masa ini Yana memilih untuk mengeluarkan tiga perisa terlebih dahulu iaitu MINUMAN SUSU OAT BAGOOS OATMILK DRINK CHOCOLATE, MINUMAN SUSU OAT BAGOOS OATMILK DRINK DATES dan MINUMAN SUSU OAT BAGOOS OATMILK DRINK WITH OAT & CHIA SEEDS.

Setiap kotak mengandungi 12 sachet/peket yang boleh diminum segera dengan sekali bancuhan. Semua nya diperbuat dari bahan Premium.

“Selepas ini saya akan keluarkan Susu Pati Oat bersama dengan tumbuh- tumbuhan atau buah buahan yang lain, kerana MINUMAN SUSU OAT BAGOOS 100% berasaskan tumbuhan/vegan.

“Antara lain yang masih dalam peringkat perbincangan ialah untuk menghasilkan MINUMAN SUSU OAT BAGOOS ‘ready to drink’ dan memiliki kedai sorbet sendiri,” katanya optimis.

Nikmati keenakan MINUMAN SUSU OAT BAGOOS yang baik untuk kesihatan, selamat, kurang kandungan gula dan menjaga penghadaman kita. Low Kolestrol, Beta Gluken & Halal.

Dalam pada itu Yana berkata, beliau sangat ingin membantu wanita di Malaysia untuk menjana pendapatan melalui dropship dan agen MINUMAN SUSU OAT BAGOOS.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang https://t.me/bagoosMy

“Buat masa ini saya tak akan keluarkan di mana-mana pasaraya. Walaupun dah ada beberapa tawaran untuk produk ini dipasarkan dalam beberapa pasaraya besar di Malaysia.

“Saya juga merancang untuk membawa MINUMAN SUSU OAT BAGOOS ke pasaran luar negara. Selain menghantar sample-sample ke hospital dan farmasi untuk tujuan pemasaran,” katanya. – BOOM!

Previous Post

Rupanya ‘Terus Bersinar’ Sebab Hafiz Suip Berambut Hijau

Next Post

Festival Nada Danau Satukan Penyair, Penyanyi Popular di Taman Negeri Royal Belum

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Police Raid PSY’s Office Over Controlled Drug Violations

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Confirms Endometriosis Diagnosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • After The Success of APT, Bruno Mars Announces New Song

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fazley Yaakob Criticizes Unfair Judgement of Widowers and Divorced Women

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd