Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

[V] Hasif Menggigil Jumpa Ziana, Bersungguh Rakam Single Waktu Sampai Bengkak Tekak

24/07/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Exclusive

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Pendatang baru, Hasif Upin akui gementar ketika pertama kali bertemu Ziana Zain untuk merakamkan single terbaharu mereka berjudul Waktu.

Hasif berkata, Ziana merupakan idolanya sejak kecil dan pertemuan menyebabkan dia sukar mengawal rasa gemuruh.

Oleh sebab itu kata Hasif, dia tidak melepaskan peluang keemasan apabila dihubungi pihak rakaman untuk berduet bersama idolanya itu.

“Sejujurnya, kak Ziana merupakan idola saya sejak dahulu lagi dan hampir kesemua lagu beliau saya hafal.

“Apabila diberi peluang keemasan ini oleh pihak rakaman, pasti saya hargai sangat-sangat. Bohong kalau saya kata tak gementar.

“Saya menggigil ketika kali pertama berjumpa Ziana, rasa macam tak percaya idola di depan mata, tetapi kena profesional dan bekerja macam biasa,” katanya.

Tambah Hasif, sebelum berduet dengan Ziana dia telah melakukan persediaan dengan menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi dan memasuki kelas vokal.

“Sebagai persediaan, saya memasuki kelas vokal dan setiap kali pergi ke pusat karaoke saya akan menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi.

“Selepas rakaman saya terpaksa mendapatkan rawatan kerana tekak saya bengkak,” kongsi Hasif yang pernah mencipta kontroversi dengan lagu Dilema tahun lalu.

Dalam pada itu kata Hasif, dia turut terguris apabila dikatakan menumpang populariti Ziana menerusi single duet yang dilancarkan pada 30 Jun lalu itu.

“Memang ada yang komen macam tu, terasa jugalah. Tapi saya rasa tak ada tumpang populariti sesiapa sebab saya ada pengikut sendiri.

“Lagipun pendengar sekarang dah bijak dan tahu menilai,” katanya.

Sementara itu bagi Ziana Zain pula penantiannya 15 tahun berbaloi dengan penghasilan Waktu.

Tambahan lagi katanya, Waktu diterbitkan pada waktu yang sesuai.

“Mengapa sekarang? Jika bukan sekarang, bila lagi bukan? Saya akui apabila mendengar demo lagu ini buat pertama kali, hati terbuka untuk merakamkannya, dan ini juga adalah buah tangan yang paling istimewa buat semua peminat kesayangan yang tidak jemu-jemu menunggu sekian lamanya,” jelas Ziana yang lebih mesra dengan panggilan ‘kak Gee’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

Ziana berkata syarikat rakaman AEG menunggu sembilan bulan sebelum dia memberikan kata putus.

“Bayangkan, pihak AEG menunggu selama 9 bulan untuk mendengar jawapan dari saya dan akhirnya saya bersetuju, lagu ini sememangnya sudah tersedia dan hanya menunggu masa untuk dirakamkan, dan Alhamdulillah segala proses berjalan dengan baik,” katanya.

Waktu merupakan sebuah lagu pop bergenre balada rock yang sedikit teatrikal dengan komposisi muzik dramatik yang menceritakan tentang kisah penderitaan dua insan yang terluka akibat cinta yang lalu, walau sudah lama berpisah dan membawa haluan masing-masing, mereka tetap di hantui bayangan dan hidup dalam trauma.

“Hasif mempunyai tona suara yang bagus, ‘feel’ yang baik dan berdisiplin, itu yang saya suka tentangnya.

“Harapan saya agar lagu ini dapat mengubat kerinduan peminat semua, dan sentiasalah menyokong dan mendoakan semoga lagu ini mendapat sambutan hangat,” ujar Ziana. – BOOM!

Previous Post

Habuan Menang Big Stage, Nadeera Zaini Dapat Lagu Ciptaan Komposer Justin Bieber!

Next Post

Fasha Turun 18kg, Pernah Meraung Nak Makan Biskut Kering Cecah Milo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Crowds Flock To Tauke Jambu’s RM1 Pancake Stall

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Katy Perry Announces She’s Dating Justin Trudeau

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘The Brutalist’ Actor Admits He’s More Selective After Winning An Oscar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Past Controversy, Cho Jin-woong Announces Retirement

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Accused Of Changing Religion, Daiyan Urges Reporting Of Fake Account

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Terima Teguran Ramai, MK Mohon Maaf Tak Pakai Tali Pinggang Keledar – “Tak Ada Alasan, Memang Salah!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Henry Golding Makin Gah, Dapat Peluang Berlakon Dengan Charlize Theron Dan Uma Thurman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Newspaper Notice Fails, Raja Azura’s Ex-Husband Still Untraceable

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Announces Wedding this December 12 With Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G-Dragon Criticised After 2025 MAMA Awards Performance

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Eight-Year Wait Ends, Indah Ruhaila Expecting First Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Engaged To Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sarah Suhairi Rejects Skin-Brightening Treatment Offers

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Missing from The Entertainment Radar, Juliana Banos Chooses Family

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Grateful As Wedding Preparations With Childhood Neighbour Progress Smoothly

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Appears At GenKRU The Finale For Her Children

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Reveals He Was A Victim Of Body Shaming Until It Brought Him To Tears

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd