Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

[V] Haris Kini Lebih Fahami Dan Hargai Pengorbanan Isteri – “Bagaimanalah Ibu Kita Dulu?”

08/04/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Exposé
[V] Haris Kini Lebih Fahami Dan Hargai Pengorbanan Isteri – “Bagaimanalah Ibu Kita Dulu?”

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Pendakwah bebas, Haris atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 28, mengakui kini dia lebih memahami isterinya, Neelofa, 34.

Haris berkata, melihat Neelofa yang sedang hamil dan mampu menjaga anak sulung, Muhammad Billal, situasi itu telah membuatkannya tersentuh.

“Saya kagum melihat kecekalan seorang isteri dan ibu melalui tempoh kehamilan sambil menjaga anak.

“Barulah kita sedar betapa besarnya pengorbanan ibu kita dahulu. Macam saya, terfikir kepayahan ibu membesarkan saya adik-beradik, nak lagi saya dan abang pun tak jauh beza usia,” katanya.

Kata Haris, dia lebih memahami tugasnya sebagai suami dan ayah pada waktu yang sama.

“Masa Neelofa bersalinkan Bilal dulu ramai yang bertanya saya cukup tidur atau tidak, sampai saya tak faham kenapa nak kena tanya macam tu sebab normallah bila ada anak kecil, kita berjaga malam.

“Tetapi itulah pengorbanan yang harus dibayar dan saya tiada masalah tak cukup tidur atau sebagainya. Alhamdulillah. Doakanlah semoga perjalanan kami selamat dan dipermudahkan,” katanya.

Haris berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama Hariss dan Neelofa di hotel Marriot Putrajaya, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Haris mengucapkan terima kasih kepada para wanita yang telah banyak berkorban buat keluarga mereka.

“Saya mahu berterima kasih kepada semua wanita yang sudah pernah mengandung mahupun yang sedang mencuba kerana menjadi wanita yang begitu bermakna dalam hidup lelaki.

“Kepada kaum Adam pula, hargailah isteri anda semua, lihatlah pengorbanan mereka dan susah senang yang dilalui,” katanya.

Bertanya mengenai perancangan pasangan ini berhijrah ke Arab Saudi, Haris berkata, rancangan itu bakal menjadi nyata awal tahun depan jika tiada aral melintang.

Sebelum ini, Neelofa pernah memberitahu dia sekeluarga akan berhijrah ke Tanah Arab untuk menyambung pengajian berkaitan hadis dan al-Quran serta menguasai bahasa Arab.

Tambah Haris, dia sudah pun memulakan pengajian semester pertama, akhir Februari lalu dan akan cuba mengatur jadual untuk merealisasikan hasrat mereka menyambung pengajian di sana.

“Sebenarnya, saya sudah memulakan pengajian dan pembelajaran saya fleksibel. Ini bermaksud selepas habis satu semester, saya boleh berehat seketika dan sambung kembali.

“Sistem ini dipanggil pembelajaran berterusan. Malah, pengajian boleh dibuat dalam talian.

“Lagipun, pembelajaran lebih kepada perbualan sebab saya mahu bawa jemaah ke Makkah dan Madinah, jadi pertuturan bahasa Arab perlu lebih lancar.

“Pada masa sama, saya mengikuti pengajian di universiti di sini. Jadi saya tidaklah kata niat berhijrah ke Arab Saudi ditangguhkan, cuma kami melihat keadaan.

“Ada perkara tidak dirancang berlaku, jadi, kita perlu mengambil tindakan berbeza sedikit,” katanya.

Mengulas mengenai penganjuran majlis berbuka puasa baru-baru ini, Haris berkata, majlis itu dianjurkan bagi mendekatkan silaturahim antara peminat dan rakan media.

“Ramadan ini adalah bulan yang baik untuk kita memberi orang makan. Kita semua pun suka makan, jadi, kita hendak sambut bersama peminat dan rakan media.

“Pada masa sama, majlis ini mahu mendekatkan kami dengan semua yang hadir. Ini adalah antara usaha kami meraikan Ramadan,” katanya. – BOOM!

Previous Post

Melebarkan Sayap Jadi Penyanyi, Ryan Bakery Tepis Tanggapan Dieksploitasi Pihak Tertentu

Next Post

Ziana Tak Mahu Anak Derhaka | Ryan Bakery Menyanyi | Haris Lebih Hargai Isteri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Many Messages Asking To Be My Wife.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sampai Bila Nak Fitnah?” – Semakin Rapat Dengan Erra Fazira, Akhirnya Awie Dedah Hal Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Min Hee Jin New Label Hit With Plagiarism Allegations

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Thank You All!” – Luna In Critical Condition, Awal Ashaari Touched By Outpouring of Support

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “No Need To Be So Disappointed…” – Video With Zarina Anjoulie Sparks Talk, Daddy Ash Speaks Out

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Wanita Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd