Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

[V] Bodoh Sangat, Budaya Orang Pun Nak Kecam – Baby Shima

19/02/2024
BOOM!by BOOM!
in Exposé, Music
[V] Bodoh Sangat, Budaya Orang Pun Nak Kecam – Baby Shima

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi Baby Shima kesal apabila dikecam segelintir netizen, gara-gara menggayakan pakaian tradisional Ngepan Iban yang merupakan pakaian tradisional wanita suku kaum Iban di Sarawak.

Menerusi video yang dikongsikan Shima dalam TikTok miliknya, pemilik nama lengkap Nor Ashima Ramly itu berasa pelik apabila dikecam kerana menggayakan busana tradisional tersebut dalam video muzik (MV) single terbaharunya berjudul Bujang Sarawak.

Dalam salah satu komen yang ditinggalkan, seorang netizen menganggap perbuatan Shima menggayakan Ngepan Iban sebagai haram kerana memakai pakaian tradisional orang bukan Islam.

“Mau juga pakai pakaian orang kafir (bukan Islam),” komen seorang netizen.

Enggan berdiam diri, penyanyi berusia 29 tahun itu berkata, dia pelik apabila dipersalahkan hanya kerana dia menggayakan pakaian tradisional tersebut.

@babyshimaofficial Buat bengap2 sekalian ini adalah pakaian tradisional iban.. Ngepan Iban.. pelik juga tengok komen2 dekat youtube bujang sarawak ada je nak di persalahkan tentang pakaian dalam lagu bujang sarawak‍♀️ #babyshima #ngepaniban #bujangsarawak #fyp ♬ Bujang Sarawak – Neng BabyShima

“Buat ‘bengap-bengap’ sekalian, ini adalah pakaian tradisional Iban, Ngepan Iban. Pelik juga tengok komen-komen dalam YouTube Bujang Sarawak. Ada sahaja nak dipersalahkan tentang pakaian dalam lagu Bujang Sarawak,” katanya.

Ujar penyanyi yang juga mencipta nama di Indonesia itu lagi, dia menganggap individu yang mengecamnya itu sebagai bodoh kerana tidak kenal dengan pakaian tradisional.

“Fuh! Saya dah jumpa komen yang terpaling suci. Mungkin dia rasa terpaling suci hingga pakaian tradisional kaum Iban pun dia tak kenal.

“Bodoh sangat tahap kebodohan dia. Boleh tengok sendiri komen begitu dalam YouTube. Ingatkan sorang, ada beberapa orang lagi. Entah apa-apa sampai budaya orang pun dia nak kecam. Bodoh sangat,” balas Shima.

Dalam ruangan komen, rata-rata pengikutnya terutama dari Sarawak turut kesal apabila penyanyi itu dilemparkan dengan kata-kata tidak baik hanya kerana dia menggayakan pakaian tradisional kaum Iban.

Malah, ada pengguna TikTok menyarankan supaya Shima berpindah ke Sarawak yang disifatkan kehidupan masyarakat di sana lebih aman dan bertoleransi.

“Bagus Shima pindah ke Sarawak. Jangan duduk seberang (semenanjung). Orang sana semua kurang ilmu,” kata seorang netizen.

“Cantik sangat budaya Sarawak. Saya dari Kelantan pun sanggup belajar di sana (Sarawak) kerana suka dengan budaya dan tradisi orang di sana. Tidak lama lagi saya bakal berkahwin dengan pemuda Iban Sarawak,” kata seorang lagi pengguna TikTok.

Pada masa sama, Shima turut menuai pujian oleh masyarakat Sarawak kerana mempromosikan budaya mereka, selain menyanyikan lagu Bujang Sarawak dalam bahasa Iban, seolah-olah dia berasal dari negeri Bumi Kenyalang itu.

“Saya orang Iban sangat terkejut dengan pembawaan lagu ini. Sangat bagus suara dia,” ujar seorang netizen.

“Sebutan Shima sangat lancar. Saya sebagai masyarakat Iban berasa sangat bangga,” kata seorang lagi netizen.

Bujang Sarawak yang dilancarkan pada 2 Februari lalu merupakan lagu cipta komposer dan penulis lirik asal Sarawak, Hairee Francis dengan menggunakan elemen kesenian dan muzik tradisional negeri tersebut. – BOOM!

Sumber: KOSMO! ONLINE

Previous Post

Stacy ‘Bunga Matahari’ Juara TMSM4

Next Post

Jamal Abdillah Tarik Diri AJL38

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Cardi B’s Actions And Image Draw Attention From Saudi Netizens

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Wife Expecting First Child In January

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Trial In Naim Daniel Sexual Assault Case Postponed To Next Year

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taeyong Becomes First NCT Member To Complete Mandatory Military Service

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Thunder Storm Rugby 10s Strengthens Its Role In Developing Future National Talent

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Amy Schumer Announces Divorce After 7 Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seperlima Harta Dr Dre Kini Milik Nicole Termasuk Pampasan Berjumlah RM417 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mimi Lana Luah Rasa Sedih | Rizky Febian Mahalini Beza Agama | Abang Tesla Bawa Dua Bini Tunai Umrah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hafiz Distributes Roses To Flight Attendants, Promotes Wife’s Business

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • After The Success of APT, Bruno Mars Announces New Song

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Confirms Endometriosis Diagnosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd