Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Tugas Baharu Ziana Didik Masyarakat Rancang Kewangan, Bebas Hutang

15/03/2024
BOOM!by BOOM!
in Extra
Tugas Baharu Ziana Didik Masyarakat Rancang Kewangan, Bebas Hutang

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

eupayaan dan kecemerlangan Ziana Zain mengekalkan kredibiliti dan integriti sebagai penghibur seni lebih tiga dekad menjadi faktor utama CSA Academy melantik legenda ini sebagai duta rasmi organisasi nombor satu Malaysia dalam membantu merancang kewangan yang lebih tersusun dan cemerlang serta bebas hutang.

CSA Academy juga meminjam liku-liku perjalanan dan jerih perih diva pop ini dalam mencapai gemilang kejayaan yang dibina berbekal reputasi baik lebih dua dekad menjadi pelaku seni sebagai semangat yang diperlukan mereka untuk melakar sejarah dalam operasi yang dijalankan.

“Mengapa tidak Ziana Zain? Kami percaya sebagai rakyat Malaysia meski berbangsa India atau Cina dan tentu sahaja kaum Melayu semua kenal siapa Ziana Zain. Beliau seorang legenda.

“Penghibur yang telah menawan peminat dengan karisma dan vokalnya menerusi lagu seperti Madah Berhelah atau lakonan mantapnya dalam filem Maria Mariana, kami di CSA Academy yakin pemilihan Ziana Zain sebagai duta rasmi adalah tepat.

“Reputasi, integriti dan kredibiliti serta semangat juang yang ada dalam diri Ziana Zain adalah seiring dengan matlamat kami di CSA Academy untuk menuju kegemilangan serupa,” ujar pengasas dan Pengarah Eksekutif CSA Academy, Dr Jay Ong.

Selain Ziana, CSA Academy juga memiliki duta rasmi dalam kalangan individu berpengaruh termasuk Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan aktor berkaliber, Datuk Jalaluddin Hassan.

Dari kiri Jalaluddin, Dr Jay, Ziana dan Dr Sheikh Muszaphar.

Pelantikan pemilik nama sebenar Siti Roziana Zain sebagai duta rasmi CSA Academy berlangsung baru-baru ini.

Seiring pelantikan Ziana, 55, sebagai duta rasmi CSA Academy, sebuah lagu yang menyerap roh dan perjuangan tanpa erti putus asa, Semangat Wira digubah dan bakal dilancarkan Mei depan.

“Semangat Wira menggambarkan keseluruhan perjuangan tanpa lelah dan putus asa yang dinyanyikan Ziana Zain khusus buat seluruh ahli CSA Academy,” ujar Dr Jay lagi.

Gaya hidup bebas hutang

Sementara itu, Ziana menyifatkan pelantikan sebagai duta rasmi CSA Academy sebagai sebuah penghormatan bukan hanya untuk dirinya tetapi beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menyebarkan informasi tentang pengurusan kewangan atau beban hutang yang perlu diwar-warkan kepada semua.

“Saya melihat pelantikan sebagai duta rasmi CSA Academy sebagai penghormatan yang besar bukan untuk saya secara peribadi tetapi bagaimana saya mampu mewakili, memikul tanggungjawab dan kepercayaan untuk menyebarkan informasi bagaimana kita semua mampu hidup bebas hutang melalui pengurusan kewangan yang betul bersama bantuan CSA Academy.

“Sejujurnya saya sendiri suka perkara seperti ini (mewakili CSA Academy) kerana secara tidak langsung dapat bertemu ramai orang, dapat ilmu dan pengalaman baharu terutama bagaimana menguruskan kewangan.

“Maklumlah kadang-kadang kita berbelanja tidak sepadan dengan hutang, jadi CSA Academy membantu dengan memberi ilmu bagaimana menguruskan semuanya dengan bijak.

“Dengan pelantikan saya sebagai duta rasmi CSA Academy selepas Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datuk Jalaluddin Hassan, saya harap lebih ramai lagi yang akan menyertai CSA Academy.

“Tentu sahaja besar juga harapan saya dapat membantu CSA Academy mencapai matlamat untuk membuat masyarakat cakna tentang kewujudan mereka sekali gus memberi khidmat terbaik kepada yang memerlukan.

“Apa yang penting CSA Academy menjamin gaya hidup bebas hutang untuk semua ahli,” ujar Ziana lagi.

Terdahulu CSA Academy diumumkan selaku penaja utama Konsert Ziana Zain 2024 yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Mei ini.

Konsert Ziana Zain 2024 merupakan anjuran Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Ziana Zain Network Sdn Bhd dengan kerjasama Altus ProHouse.

CSA ACADEMY MEMPERSEMBAHKAN ZIANA ZAIN CONCERT 2024 | Ticket2u

Bercakap mengenai kolaborasi mereka, Ziana berterima kasih kepada CSA Academy kerana menunaikan impian kembali mengadakan konsert selepas kali terakhir pada 2001 hampir menjadi realisasi.

Ziana sedang giat mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk memastikan dapat memberi persembahan terhebat mengalukan peminat untuk mendapatkan tiket sementara ia masih berada di pasaran.

Tiket-tiket berharga RM288 (GOLD), RM488 (PLATINUM), RM688 (DIAMOND), RM888 (VIP 2), RM1,088 (VIP 1) boleh dibeli menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my/ mulai 15 Disember 2023 jam 10.00 pagi di laman web www.ticketu.com.my/zianazain.

Pembelian tiket menggunakan sistem “Buy Now Pay Later” BNPL seperti Atome dan Shopback turut disediakan di laman rasmi pembelian tiket. Manakala untuk pembeli tiket OKU (Orang Kurang Upaya) dan pembelian tiket melebihi 50 keping boleh menghubungi hotline tiket di 01111900518.

Untuk kemudahan pembeli tiket OKU, mereka hanya boleh membeli tiket di hotline tertera. Pembeli tiket OKU boleh menghadiri konsert dengan seorang peneman. Jangan lepaskan peluang! – BOOM!

Sumber: AWANI

Previous Post

“Saya Pelakon Versatil, Boleh Jadi Tua Dan Muda,” – Nabila Huda Tiada Masalah Bawa Watak Ibu Aedy Ashraf

Next Post

Nabila Huda Tiada Masalah Bawa Watak Tua | Rosyam Nor Tetap Sorok Isteri Dan Anak | Amaris Sumbang Van Jenazah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Hurt by Kanye’s Paris Robbery Accusation

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Newspaper Notice Fails, Raja Azura’s Ex-Husband Still Untraceable

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adira And Shahir ‘Unite’ For The OST Of Duyung Sequel

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam Corrie Shares Guidance For Tattooed Converts

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KRU Announces Magika Studio Development Enters Commercialisation Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli Admits 2025 Is A Year Of Sorrow Despite Abundant Opportunities

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Newspaper Notice Fails, Raja Azura’s Ex-Husband Still Untraceable

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Announces Wedding this December 12 With Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G-Dragon Criticised After 2025 MAMA Awards Performance

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Eight-Year Wait Ends, Indah Ruhaila Expecting First Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed’s Rape Conviction Appeal Decision Set for 23 January 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Engaged To Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10-Year Marriage Ends: Nubhan and Dr. Fie Divorce With Two Pronouncements

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Missing from The Entertainment Radar, Juliana Banos Chooses Family

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Grateful As Wedding Preparations With Childhood Neighbour Progress Smoothly

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Asma’ Harun Gives Stern Reminder, Says DOLLA Is Becoming “Worse And Embarrassing”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Appears At GenKRU The Finale For Her Children

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Reveals He Was A Victim Of Body Shaming Until It Brought Him To Tears

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd