Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Tuan Rumah Datang Berbincang, Penyanyi Lelaki Bawa Keluar Parang!

09/10/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Extra
Tuan Rumah Datang Berbincang, Penyanyi Lelaki Bawa Keluar Parang!

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Seorang penyanyi lelaki popular era 1990-an mengeluarkan parang ketika tuan rumah datang untuk berbincang mengenai sewa rumah tertunggak.

Bagaimanapun pemilik rumah, Liza Mohamad, 46, mendakwa penyanyi tersebut seorang yang tidak boleh dibawa berbincang.

Katanya lagi, penyanyi tersebut tidak mahu keluar dari rumah sewanya dan menjelaskan sewa rumah yang tertunggak empat bulan, berjumlah RM3,600.

Liza berkata, penyanyi itu sudah tidak membayar sewa rumah sebanyak RM900 sebulan dan kini tertunggak dari Jun sehingga September.

Selain itu, bil elektrik juga tidak pernah dibayar yang kini jumlahnya hampir RM7,000.

“Saya sudah membuat empat laporan polis terhadapnya, tapi masalah masih lagi tidak dapat diselesaikan,” katanya.

Liza berkata, penyanyi terbabit menyewa rumahya itu di Setapak Indah, di sini sejak Oktober 2020 selepas kisahnya tular dan mendapat bantuan daripada Pusat Pengutan Zakat (PPZ) menerusi ejen yang membantu carikan kediaman untuk disewakan kepadanya ketika itu.

“Saya pula kebetulan memang nak sewakan rumah berkenaan pada masa itu dan bersetuju dengan kontrak sewa di antara kami yang tamat sepenuhnya pada September lalu. Tapi, malangnya sehingga kini walaupun kontrak sewa sudah tamat, namun dia masih tidak mahu keluar dari rumah saya.

“Saya ada datang ke rumah itu pada 18 September lalu untuk berbincang dengannya dan memohon dia sekeluarga keluar kerana saya nak menetap semula di rumah berkenaan yang juga aset peninggalan Allahyarham suami saya yang meninggal dunia pada 27 September 2019,” katanya.

Liza berkata, disebabkan penyanyi itu tidak membayar sewa yang sudah tertunggak empat bulan, dia kini turut berhadapan masalah kewangan yang memerlukannya mendapat semula rumah itu untuk diduduki.

“Dia ada kata dengan saya yang sedia keluar dari rumah itu sekiranya ada kediaman lain untuknya. Selama ini pun dari Oktober 2020 sehingga September 2021, PPZ yang bayarkan sewa rumah itu. Kemudian dari Oktober 2021 hingga September tahun lalu, Baitulmal pula yang bayarkan sewa.

“Saya harap sangat pihak tertentu seperti PPZ dan Baitulmal tampil membantu saya dan carikanlah rumah lain untuk dia.

“Bil elektrik pula tidak perah dibayar sejak dia duduk di rumah itu sehingga sekarang tunggakan sudah mencecah hampir RM7,000.

“Oleh itu, saya harap sangat ada pihak dapat membantu sebab saya nak dia keluar dari rumah itu. Saya nak ambil khidmat guaman, tidak berkemampuan kerana bukan orang senang,” katanya.

Ibu tiga anak ini berkata, dia bersedia menyelesaikan masalah itu dengan penyanyi itu secara baik di luar mahkamah, tetapi masih mengikut aturan undang-undang yang ditetapkan.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang wanita membuat laporan polis terhadap penyanyi lelaki popular era 90-an yang didakwa gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah mencecah RM3,000 sejak Jun lalu.

Malah, notis mengosongkan rumah itu juga difahamkan sudah diberi dan diterima oleh isteri penyanyi terbabit, namun tidak diendahkan dan mereka kekal duduk di rumah itu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah ketika dihubungi turut mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. – BOOM!

Sumber: HARIAN METRO

Previous Post

Sukar Bernafas, Pedih Ulu Hati Suami Sheila Majid Dirawat Di IJN

Next Post

Danial Dashuki Menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Teater Malaysia 2023

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seth Meyers Mocks Trump Over ‘Skipping’ The Super Bowl

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Hadid Boyfriend Arrested For Public Intoxication

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Many Messages Asking To Be My Wife.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Suffers Rib Fracture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Jangan Buang Anak, Serah Kepada Saya” – Iesya Toh Jadi Talian Tol Bantu Mangsa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Agency Responds To Alleged Tax Evasion Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Suffers Rib Fracture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd