Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Skrip Diutamakan, FINAS Tak Biaya 100 Peratus

01/03/2024
BOOM!by BOOM!
in Extra
Skrip Diutamakan, FINAS Tak Biaya 100 Peratus

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Rentetan pelbagai isu berkaitan dana perfileman seperti filem tidak laku, gagal disiapkan mengikut tempoh ditetapkan termasuk penyelewengan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan memperkenalkan modul baharu Dana Kandungan Digital (DKD) ke arah mewujudkan ekosistem lebih menyeluruh untuk pembangunan industri.

Memperincikan perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, melalui modul baharu DKD itu, FINAS lebih menggalakkan penerbit menjalinkan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak dalam menghasilkan sesebuah naskhah.

“Penerbit tidak boleh bergantung dengan dana FINAS semata-mata untuk hasilkan filem. FINAS tidak akan lagi biayai 100 peratus seperti yang berlaku sebelum ini.

“Mungkin nilai DKD yang diberikan sekitar 20 peratus, manakala insentif galakan penggambaran di Malaysia (FIMI) sebanyak 30 peratus.

“Perubahan ini juga sejajar dengan hala tuju FINAS yang mahu menjadikan industri kreatif sebagai pemacu ekonomi, selain merealisasikan amanat Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang mahu lebih banyak filem berkualiti diterbitkan bagi tujuan eksport,” katanya kepada BH Online.

Azmir menambah, kualiti skrip bakal menjadi keutamaan FINAS dalam pemberian DKD modul baharu itu.

“Seperti hasrat yang disuarakan menteri, fokus FINAS adalah skrip yang berkualiti. Pada peringkat awal pembikinan, kami akan pastikan hanya skrip bagus dan berkualiti diberikan bantuan.

“FINAS juga sedang berbincang dengan pihak pelabur filem seperti Media Prima Berhad (MPB), Astro dan beberapa agensi lain yang kita tahu turut terbabit dalam penerbitan filem.

“Selain bekerjasama dengan pelabur, penerbit juga boleh berkolaborasi dengan pawagam seperti GSC dan TGV untuk membantu dari segi pengedaran.

“Dengan cara itu, kami yakin penerbit akan berusaha menghasilkan skrip lebih bagus dan secara tidak langsung, kebergantungan terhadap dana FINAS berkurangan,” ujarnya.

Azmir mengulas, isu berkenaan topik dibincangkan pada sesi Sidang Meja Bulat Industri Kandungan Kreatif bersama Persatuan di Bawah Program Peningkatan Kapasiti Kreatif Malaysia (MyCAP) yang diadakan di ibu negara, baru-baru ini.

Sesi dipengerusikan Azmir itu bertujuan mendorong dialog dan kerjasama dalam kalangan pihak berkepentingan industri bagi menangani isu penting seperti standard kontrak, program MyCAP, termasuk pembentangan modul baharu DKD.

Azmir menjelaskan, FINAS lebih menggalakkan penerbit menjalinkan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak dalam menghasilkan sesebuah naskhah menerusi modul baharu DKD. - Foto IG FINAS

Mengenai bilakah modul baharu DKD itu akan dikuatkuasakan, Azmir memaklumkan perkara itu masih dalam penilaian.

“Secara dasarnya, Kementerian Komunikasi sudah bersetuju dengan cadangan dan kini pada peringkat akhir penilaian.

“Sebelum itu, FINAS terlebih dahulu dapatkan pandangan dan maklum balas penggiat industri seni kreatif.

“Sebarang pengumuman termasuk tarikh penguatkuasaan biarlah Kementerian Komunikasi umumkan,” katanya,

Mengulas perkembangan terkini isu standard kontrak berkaitan durasi waktu bekerja dan tangga gaji yang menjadi antara agenda penting yang dibincangkan, Azmir berkata, FINAS lebih selesa menyerahkan perkara itu kepada persatuan untuk membuat keputusan.

“Memang ada perbincangan berkenaan isu standard kontrak membabitkan tempoh masa bekerja dan tangga gaji. Dari segi tangga gaji, mereka sudah ada rujukan yang boleh diguna pakai.

“Bagaimanapun dari segi tempoh masa bekerja, perkara ini lebih kepada persefahaman antara penerbit, artis dan kru balik tabir.

“Bagi saya, ia bukanlah satu masalah jika perkara itu boleh dibawa berbincang.

“Secara dasarnya, perjumpaan ini untuk mendapatkan pandangan secara kolektif terhadap beberapa agenda dibangkitkan.

“FINAS akan perhalusi dan akan laksanakan mengikut kesesuaian dan keperluan cadangan atau penambahbaikan yang diberikan.

“Persatuan juga boleh suarakan cadangan yang mampu melonjakkan industri dalam pertemuan akan datang. Kami bercadang pertemuan ini akan dibuat empat kali dalam setahun,” ujar Azmir. – JURNAL

Sumber: BERITA HARIAN

Previous Post

Ella Kongsi Fasa Menopaus | Fasha Sandha Terima Banyak Tawaran | Joey BPR ‘Tolak’ Sertai Konsert Di Johor

Next Post

Istana Budaya Bawa Teater Muzikal Hang Li Po Ke Pentas Encore Melaka

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sampai Bila Nak Fitnah?” – Semakin Rapat Dengan Erra Fazira, Akhirnya Awie Dedah Hal Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “No Need To Be So Disappointed…” – Video With Zarina Anjoulie Sparks Talk, Daddy Ash Speaks Out

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Shares Challenges Of Raising Children After Divorce

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Min Hee Jin New Label Hit With Plagiarism Allegations

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Wanita Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd