Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Sedekad Dalam Industri, Penyanyi Kembar Aishahanim Raikan Peminat Dalam Mini Konsert Pertama!

07/07/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Concert, Extra
Sedekad Dalam Industri, Penyanyi Kembar Aishahanim Raikan Peminat Dalam Mini Konsert Pertama!

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Pasangan penyanyi kembar pertama Malaysia, Aishahanim kini sudah sedekad berada dalam industri hiburan tanah air.

Untuk meraikannya, Aishahanim yang mula dikenali menerusi lagu Mata Kunci Cinta sekitar tahun 2014, ini bakal meraikan para peminat dalam Konsert One Night Only Aishahanim yang bakal berlangsung 6 Ogos 2023 di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Tidak dapat menyembunyikan keterujaan, Aishahanim berkata, penganjuran konsert yang turut disertakan makan malam itu merupakan tanda penghargaan kepada keluarga, sahabat, rakan media serta peminat yang selama ini menyokong  perjalanan karier mereka.

“Diam tak diam, dah sedekad kami di sini. Konsert One Night Only Aishahanim adalah pentas untuk kami bercerita tentang perjalanan kami dalam dunia seni. Kami juga mahu membuktikan, kami mampu untuk menyanyi secara langsung. 15 lagu bukan mudah tetapi kami yakin dengan kemampuan dan bakat kami.

“Kami juga terlahir dari program realiti TV tetapi ketika itu kami dinilai juri profesional, bukan undian online atau SMS ya…,” seloroh Aishahanim.

Kata mereka lagi, pada malam konsert nanti sebanyak 15 buah lagu akan dipersembahkan dan kesemuanya berkaitan perjalanan seni Aishahanim selama sedekad ini.

Dalam pada itu, penyanyi duo ini turut berkongsi rasa teruja kerana tiket sudah pun terjual sebanyak 50 peratus.

“Setakat ini semua tiket VIP sudah habis terjual, dan untuk konsert ini kami adakan secara ‘intimacy’, terhad kepada 200 orang sahaja.

“Kami sendiri pun tak sangka tiket mendapat sambutan luar jangka dan ramai pula yang mahukan tiket VIP, risau pula jika tidak dapat penuhi permintaan peminat.

“Tetapi jika ada permintaan lebih, kami tidak menolak kemungkinan akan buka lagi ruang kepada yang ingin menonton sambil bersantai dengan Aishahanim,” kata penyanyi duo yang terkenal dengan sikap peramah itu.

Konsert yang bakal berlangsung selama dua jam itu akan menghiburkan peminat dengan rangkaian seleksi lagu-lagu nyanyian semula dan single hits mereka antaranya Angkara, Tinggalan Cinta dan Leka.

Malah, mereka bakal menyanyikan lagu-lagu nyanyian idola mereka antaranya, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini, Anita Sarawak, Ziana Zain dan ramai lagi.
Seleksi lagu yang bakal dipersembahkan juga akan menggabungkan pelbagai genre bermula dari era 60-an sehingga kini.

Persembahan secara langsung itu juga diiringi oleh Band Tentera Darat Port Dickson. 
Bercakap soal stamina, Aishahanim kini giat berlatih menerusi senaman dan aktiviti riadah
 untuk memastikan mereka bertenaga sepanjang hampir dua jam persembahan tersebut.

Konsert One Night Only Aishahanim dijayakan oleh Wyn Wyn Event, BERJAYA dan
Ridzokumura.

Tiket mini konsert yang turut disertakan dengan makan malam itu sudah mula dijual bermula pada harga RM299 sehingga RM499. – BOOM!

Previous Post

Gelar Diri ‘Abi’ & ‘Umi Laa’ Untuk Inspektor Sheila, Bukti Iqbal Tak Putus Asa

Next Post

Eizlan Yusof Terpaksa Korban Sambutan Hari Lahir Bersama Keluarga Kerana Annuar Musa, Muafakat Nasional

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Maya Karin Almost Drowns, Cast Safety And Welfare Prioritized

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Remains Tight-Lipped After Intimate Video With Mystery Man Surfaces

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • George Clooney Vows To Stop Kissing Women On Set

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Linda Claims Beego Lied To Avoid Attending Divorce Proceedings

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rob Reiner’s Son Arrested For Allegedly Killing His Parents

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • EXO To Release Eighth Full Album With Six Members

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Remembers Tauke Jambu’s Kindness, Gifts New Chairs And Tables

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Trial In Naim Daniel Sexual Assault Case Postponed To Next Year

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Wife Expecting First Child In January

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hazwani Helmi Addresses IPhone Boycott Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Almost Drowns, Cast Safety And Welfare Prioritized

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cardi B’s Actions And Image Draw Attention From Saudi Netizens

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Remains Tight-Lipped After Intimate Video With Mystery Man Surfaces

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • After The Success of APT, Bruno Mars Announces New Song

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Wife Expecting First Child In January

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Almost Drowns, Cast Safety And Welfare Prioritized

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd