Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Persembahan Di Luar Negara Dapat Perhatian Ramai, Wani Kayrie ‘Dianaktirikan’ Dalam Negara?

08/03/2024
BOOM!by BOOM!
in Extra
Persembahan Di Luar Negara Dapat Perhatian Ramai, Wani Kayrie ‘Dianaktirikan’ Dalam Negara?

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Persembahan penyanyi popular Wani Kayrie, 24, pada majlis Anugerah Televisyen Asian Ke-28 di Ho Chi Minh, Vietnam pada Januari lalu mendapat perhatian ramai.

Kemunculan Wani mendapat pujian ramai sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa dengan menjayakan persembahan selama dua malam.

Wani Kayrie elak didekati lelaki 'pisau cukur' - Kosmo Digital

Pun begitu, reaksi berbeza di dalam negara apabila bakat Wani seolah-olah ‘dianaktiri’.

Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah berkata, situasi sebegitu hanya wujud dalam segelintir pihak yang masih belum melihat bakat dan kemampuan sebenar dirinya.

“Soal ‘dianaktirikan’ dalam negara, tak rasa sebegitu. Mungkin ada segelintir kumpulan yang melihat saya sebagai penyanyi biasa tak sama hebat dengan artis lain yang ada dalam Malaysia.

“Sedikit sebanyak agak sedih juga. Saya sampai terfikir, macam mana nak buat agar orang nampak bakat saya, sedangkan kalau orang yang kenal saya, saya sudah bertanding dari sekolah rendah lagi. Malah pernah menjadi juara program pertandingan realiti kanak-kanak. Termasuk menyertai banyak pertandingan di Astro, tapi orang masih tak nampak.

“Saya pun tak tahu di mana silapnya. Memang rasa sedih juga sebab sampai sekarang saya cuba sehabis baik untuk ketengahkan kemampuan, tapi itulah hanya orang yang betul-betul hargai bakat kita akan nampak,” katanya pada SYOK Podcast Confession Bilik Gelap.

Gigih Kerja Sambil Belajar, WANI KAYRIE Syukur Miliki Kereta Idaman Cecah Hampir RM200 Ribu! - Nona

Wani turut mendedahkan dia pernah menjadi ‘mangsa’ pilihan terakhir bagi satu pertandingan realiti.

“Secara nyata, banyak orang meletakkan saya pilihan terakhir. Ada satu pertandingan ni, saya tak nak masuk, tapi orang ini minta tolong, jadi saya terima. Saya cuba mencari penari sendiri untuk pertandingan itu. Mereka cakap sudah dengan artis lain.

“Saya pun bertanya bila dapat tahu sebab saya baru dapat tawaran. Mereka cakap lagi dah tahu dua minggu awal. Saya tanya orang lain pun sama. Jadi saya fikir saya adalah pilihan akhir, sebab dapat tahu pada saat akhir.

“Namun, saya buat saja biarpun banyak dugaan. Alhamdulillah saya sampai ke peringkat akhir dan mendapat tempat. Itu yang orang kata, rezeki tak pernah salah alamat. Saya selalu ingat kata-kata mak, apa yang penting kita semangat nak buat sesuatu,” katanya.

Wani juga mendedahkan dia pernah terfikir untuk berhenti menyanyi disebabkan ‘layanan’ diterima dalam industri hiburan tanah air.

“Sedih, memang sedih. Sampai satu tahap saya nak berhenti menyanyi. Tapi, saya membawa semangat mak dan adik-adik.

“Bagi saya, ini ‘passion’ yang saya sudah buat dari usia lima tahun. Ini juga rezeki paling besar yang mengubah hidup saya sekeluarga sampai sekarang,” katanya. – BOOM!

Sumber: HARIAN METRO

Previous Post

Aina Berkongsi Pentas Dengan Penyanyi K-Pop Pujaan, Ailee

Next Post

Itu Perjuangan! Erma Fatima ‘Backup’ Aksi Umrah Hafiz Mahamad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Pelakon Lelaki Watak Antagonis Paling BOOM!

    Pelakon Lelaki Watak Antagonis Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Siapa Yang Tahu, Maka Tahulah” – MK K-Clique Akhirnya Buka Mulut Perjelas Kontroversi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mawi Agih Bonus RM200,000, Kutipan Filem Pecah Panggung RM3.5 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Struggled To Work From Brunei, Aziz Harun Has Been Living In Malaysia For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disney ‘Freezes’ Tangled Live-Action Project After Snow White’s Flop

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Titip Kata Semangat Buat Datuk Seri Vida – “Ya Allah, Kau Tabahkan Hati Mama”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Yayasan KRU Meterai MoU Demi Perkasa Kerjasama Dan Jaringan Universiti – Industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Kembali Jadi Deejay, Shuib Mahu Bangkit Semula – “Otak Tepu Sebab Lama Sangat Tidur”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Risau Disumpah Jadi Batu, Aril Pilus Buat Ramai Terpegun Dengar Nyanyiannya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Pengacara Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Admits Mistake Regarding Puteri Balqis Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khai Bahar Hair Compared To Broccoli, Singer Admits It Wasn’t Cheap

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Is Determined To Be Free Of Alcohol Addiction

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Willing To Become A ‘Grandmother’ For Secret Dates

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Everyone Has Their Own Trials – Bella Dowanna

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Terrified Of Dating Again

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Reaches 500 Million Streams On Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ellie Goulding Reveals Panic Attacks Prevented Her From Leaving The House

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seohyun Criticized for Using Celebrity Status to Perform Solo Violin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd