Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Pernah Jadi Ustazah, Ezlynn Mahu Ajak Peminat Berselawat Dan Berzikir

19/01/2024
BOOM!by BOOM!
in Celebrity, Extra
Pernah Jadi Ustazah, Ezlynn Mahu Ajak Peminat Berselawat Dan Berzikir

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Nama Ezlynn mungkin kurang dikenali generasi baharu.

Sebaliknya, populariti filem Zombi Kampung Pisang arahan Allahyarham Mamat Khalid yang sering diulang tayang di televisyen mengingatkan semula namanya kepada khalayak.

Ezlynn mengakui, dia terhutang budi pada arwah yang memberi peluangnya berlakon dalam filem tersebut.

“Orang muda tak kenal saya tapi bila mereka tahu filem Zombi Kampung Pisang, baru mereka perasan saya. Bagi saya kerja seni arwah itu sangat bagus sehingga penonton masih ingat filem tersebut apabila ia kerap disiarkan di televisyen,” katanya kepada BOOM!.

Ezlynn masih aktif menyanyi dan berlakon.

Menurutnya, dia masih aktif dalam bidang seni sebagai pelakon dan penyanyi meskipun kisah aktiviti seninya jarang dilaporkan media kebelakangan ini.

“Saya masih berlakon walaupun pernah terima tawaran jadi ustazah dan watak mak-mak. Jika ada tawaran berlakon, saya masih berminat untuk berlakon.

“Sama juga menyanyi, saya masih aktif membuat persembahan sama ada untuk dinner show, majlis hari jadi ataupun kenduri kahwin. Bagi saya tiada masalah untuk menyanyi dalam acara seperti ini asalkan mereka bayar untuk persembahan saya itu,” katanya.

Jelasnya, ada ketika permintaan mengadakan persembahan untuk acara berskala kecil seperti majlis tertutup lebih profesional dalam aspek bayaran.

Ezlynn masih terima tawaran menyanyi.

“Kadang buat persembahan untuk acara biasa, mereka tak minta kurang berbanding acara besar. Apapun saya seorang yang boleh dibawa berbincang dari aspek setiap persembahan yang ditawarkan,” katanya.

Sebagai penghibur, Ezlynn mengakui permintaan untuk tawaran menyanyi tidak hanya menyampaikan lagu sendiri.

“Biasanya, mereka minta saya menyanyikan lagu saya sendiri seperti Hi Hi Bye Bye, Pening atau Jikalau Aku tetapi ada juga permintaan untuk lagu penyanyi lain seperti Whitney Houston dan Celine Dion.

“Sebenarnya saya mempunyai lebih 1,000 lagu yang saya boleh ingat dalam kepala termasuk lagu dalam bahasa Perancis, Korea, Jepun, Mandarin dan Arab,” katanya.

Ezlynn terbabit dengan program keagamaan.

Ujarnya, dia yang pernah menjadi artis dibawah label KRU Music dari tahun 2001 sehingga 2006 berasa bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan suami yang memberi galakan padanya agar terus aktif dalam bidang seni.

“Suami kata jadikan bidang seni sebagai platform untuk perjuangan. Sambil menyanyi, saya juga ajak pendengar berselawat dan berzikir.

“Kata suami saya, Allah beri saya kelebihan dalam bidang seni bersebab iaitu agar saya terus berdakwah dengan mengingatkan pendengar mahupun peminat terhadap Allah,” katanya.

Baginya, perjuangan seninya kini lebih mencabar untuk menarik minat pendengar ke arah agama.

Ezlynn yang sudah berhijrah dengan imej bertudung pada pertengahan 2021 mengakui Allah membuka hatinya untuk berubah ketika negara pada masa itu berdepan pandemik COVID-19.

Ezlynn terbabit sebagai anggota APM.

“Pada masa itu, saya aktif bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Jadi, rutin kerja saya keluar pagi dan balik malam.

“Ketika itu negara kita seperti padang jarak, padang terkukur. Jalan lenggang dan sepi.

“Saya terfikir jika ini adalah pengakhiran hidup kita, saya nak berubah dan wujud rasa takut apatah lagi mengakui kebesaran Allah yang Maha Berkuasa. Apapun, saya tetap bersyukur meskipun sudah lama dalam bidang seni tapi saya masih relevan,” katanya. – BOOM!

Previous Post

Mahalini Bakal Temui Peminat Malaysia Februari Ini, Janji Bawa Kelainan!

Next Post

Ibarat Sekat Rezeki Kami – Awie Bidas Saranan Batal Konsert, Persembahan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Ayesha Khan Claims To Be A Victim Of AI Manipulation

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 17 Cannon Salutes Fired To Mark The Birth Of Prince Mateen Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • T.O.P Of BIGBANG Announces Solo Comeback After Three Years Of Hiatus

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • I.N Of Stray Kids Donates 100 Million Won To Help Cancer Patients

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam Sandler Speaks Out On Story About Daughter Being Humiliated Involving Fake Chanel

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Magika Ice Cream, Collaboration Between Kruniverse And SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • A Wounded Heart Is Not A Barrier, Fazura Chooses To Forgive Lan Pet Pet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Singer Nubhan Files for Confirmation of Two Divorce Pronouncements — Seeks Court Validation for 2017 and August Talak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Filem Tan-Ti-Ana Lain Daripada Yang Lain, Hantu Dia Special” – Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Seram

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ameera Khan Desires A Wealthy Man Who Can Guide Her

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 17 Cannon Salutes Fired To Mark The Birth Of Prince Mateen Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd