Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Noh Rasa Diri Dianiaya, Mizz Nina Tarik Balik Kes – “Apa Sebenarnya Permainan Dia?”

05/02/2024
BOOM!by BOOM!
in Extra
Noh Rasa Diri Dianiaya, Mizz Nina Tarik Balik Kes – “Apa Sebenarnya Permainan Dia?”

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi yang juga vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh merasakan dirinya dianiaya apabila bekas isterinya, Mizz Nina menarik semula kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara anak angkat mereka, Musa.

Noh atau nama sebenarnya, Muhammad Noh Salleh, 39, yang ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Sham Alam, pagi tadi berkata, dia percaya dirinya memerlukan kebenaran atas apa yang berlaku.

“Saya terkejut, dia (Mizz Nina) minta saya datang mahkamah, kemudiannya tarik kes. Ketika proses sulh pun tiada apa yang terjadi. Jadi, kita tunggu esok di hadapan hakim.

“Harapan saya semoga ada kebenaran kerana saya sudah dianiaya di hadapan khalayak ramai. Saya hanya mahu kebenaran.

“Saya tidak menculik Musa. Ketika itu, saya ada persembahan di Sabah. Kalau culik saya akan sorok.

“Tapi, saya tunjuk Musa ada dengan saya. Saya juga mencari Mizz Nina untuk berbincang,” katanya.

VIDEO] Noh Salleh mahu hak penjagaan Musa sama rata - Kosmo Digital

Noh mendakwa, dia tidak memahami mengapa kes tersebut ditarik balik.

“Saya perlu menjawab tuduhan dia, tidak adil di sebelah saya. Apa sebenarnya permainan dia? Saya mahukan kebaikan untuk Musa.

“Tiada perjanjian hak penjagaan, kalau ada sila tunjukkan. Surat yang dikatakan hanya akuan berkanun sahaja, tidak boleh diguna pakai dalam kes ini dan surat sudah ditarik balik.

“Kalau boleh nak jaga sama-sama, ada sebab saya buat begitu. Saya tidak akan suka-suka masuk soal rumah tangga orang.

“Itu bukan anak dia, Musa anak Athirah (ibu kandung). Saya sudah dapat surat pengesahan daripadanya,” katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Noh iaitu Megat Syazlee Mokhtarom dan Muhammad Shamsyuar Jasmin berkata, tiada sebarang dokumen penyerahan Musa dikemukakan kepada pihaknya.

“Dalam dokumen penjagaan ada dua nama, nama Noh dan Mizz Nina. Jadi tiada isu. Tiada dokumen penyerahan hanya ada dokumen penjagaan. Dua-dua ada hak, isunya sekarang hak itu ada pada siapa?

“Siapa yang menidakkan siapa?,” katanya.

Terdahulu, Mizz Nina mendakwa Noh membawa keluar anak angkatnya, Musa tanpa kebenaran dan pengetahuannya.

Diperli Dah Ketandusan Cerita, Wartawan Koyak Kena Sound Dengan Noh Salleh – Kisah Dunia

Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 44, mengakui ia disifatkan sebagai satu pengkhianatan dan memberikan kesan emosi kepadanya, apatah lagi, dirinya adalah ibu susuan Musa dan tidak pernah berjauhan dengan anak angkatnya selama itu.

Katanya, kejadian anaknya dibawa keluar dari rumahnya berlaku pada 19 Disember tahun lalu ketika dirinya dalam penerbangan menuju ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.

Mizz Nina kemudiannya mendapatkan perintah mahkamah dan berjaya mendapatkan Musa kembali.

Tindakan Noh Salleh dipertikai, kongsi nama penuh Musa

Bagaimanapun, Noh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh, 39, sebelum itu membuat kenyataan dalam program Melodi menafikan ada unsur penculikan seperti didakwa, malah sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.

Kemudiannya, vokalis kumpulan Hujan itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dituntut oleh ibu kandung Musa yang hanya mahu dikenali sebagai Athira.

Noh, 39, menerusi hantaran di Instagram (IG) berkata, dia juga akan mengikut beberapa tuntutan lain seperti menarik balik kenyataan yang dikeluarkan termasuk memadam gambar Musa dalam media sosial. – BOOM!

Sumber: BERITA HARIAN

Previous Post

Dituduh Ada Hubungan Sulit Dengan Seorang Pemuzik, Ernie Zakri Anggap Pemfitnah Sakit Mental

Next Post

Cantik Bak Puteri Kayangan, Konsert Lovechestra Mahalini In Kuala Lumpur Sukses!

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Shares Challenges Of Raising Children After Divorce

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Agency Responds To Alleged Tax Evasion Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Suffers Rib Fracture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Min Hee Jin New Label Hit With Plagiarism Allegations

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Willing To Become A ‘Grandmother’ For Secret Dates

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Terrified Of Dating Again

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Reaches 500 Million Streams On Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd