Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Meremang Dengar Rintihan Ernie Zakri Dalam Sirna, OST Filem Seram Sumpahan Jerunei

24/07/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Music
Meremang Dengar Rintihan Ernie Zakri Dalam Sirna, OST Filem Seram Sumpahan Jerunei

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi bersuara emas, Ernie Zakri tampil menyanyikan lagu runut bunyi (OST) filem seram ‘Sumpahan Jerunei’ berjudul Sirna.

Sirna merupakan karya masterpiece oleh komposer terkenal tanah air, Sharon Paul, manakala liriknya oleh Slenfadzil dengan sentuhan magis oleh Ernie sendiri.

“Setelah membuat sedikit penyelidikan, cerita Sumpahan Jerunei ini mempunyai tarikannya yang tersendiri kerana berdasarkan daripada sebuah tradisi yang benar-benar berlaku.

“Filem Sumpahan Jerunei yang telah siap pada tahun 2019 terpaksa ditunda tayangannya kerana bencana pandemik COVID-19 yang menyerang dunia.

“Lagu Sirna ini sebenarnya telah disiapkan beberapa tahun yang lalu dan tidak dapat dilancarkan kerana apa yang berlaku pada kita semua.

“Cerita disebalik lagu ini ada kena-mengenai dengan filem Sumpahan Jerunei yang mengangkat tema tradisi pengebumian bangsawan Melanau yang penuh misteri.

“Sirna adalah sebuah lagu yang menceritakan tentang penderitaan seorang wanita yang merayu-rayu meminta untuk dilepaskan, perasaan marah dan memberontak bercampur-baur, dan akhirnya menjadi Sirna, yang bermaksud hilang atau lenyap,” katanya.

Lagu dalam genre balada yang berdurasi selama 3:56 minit ini sememangnya ‘berhantu’ atau lebih tepat lagi, hauntingly beautiful, ditambah pula dengan kemerduan suara Ernie berjaya merealisasikan mood seram filem tersebut.

Jiwa wanita yang menderita dan sedih dapat dirasai dalam lagu Sirna yang penuh dramatik ini.

“Kami mengambil masa sekitar 2 sehingga 3 jam sahaja bagi merakamkan lagu ini kerana sudah terbiasa bekerjasama dengan Sharon Paul. Saya juga turut menulis bait-bait liriknya dan menambah elemen lenggok Melayu asli dalam nyanyian saya,” tambah Ernie lagi.

Sebagai seorang anak seni, Ernie antara artis Malaysia yang sentiasa komited dalam apa jua karya yang dipersembahkannya.

“Sebagai seorang public figure, kadang-kadang kita tidak dapat meluahkan apa yang terbuku di hati sepenuhnya, tetapi melalui muzik dan persembahan di pentas, saya boleh menjadi diri saya yang sebenarnya, maka lahirlah sebuah ekspresi Ernie Zakri di situ,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Label & Penerbitan Rocketfuel Entertainment, Famy Ghazali berkata, Sumpahan Jerunei adalah sebuah filem seram yang dijangkakan hit apabila ditayangkan kelak.

“Dengan OST nyanyian Ernie saya yakin dapat menaikkan lagi filem ini kerana pemilihan beliau adalah bertepatan dan kena dengan kedudukannya sebagai seorang penyanyi disegani negara.

“Semoga lagu Sirna menjadi OST terbaik yang pernah dihasilkan selama ini dan moga pendengar sukakannya.

“Saya berharap agar OST filem Sumpahaan Jerunei, SIRNA dapat diterima ramai, walaupun sedikit ‘berat’ konsepnya,” kata Famy.

Lagu Sirna boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network. – BOOM!

Previous Post

Altimet Bertanding PRN, Calon PKR Dun Lembah Jaya

Next Post

Habuan Menang Big Stage, Nadeera Zaini Dapat Lagu Ciptaan Komposer Justin Bieber!

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Crowds Flock To Tauke Jambu’s RM1 Pancake Stall

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Katy Perry Announces She’s Dating Justin Trudeau

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘The Brutalist’ Actor Admits He’s More Selective After Winning An Oscar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Past Controversy, Cho Jin-woong Announces Retirement

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Accused Of Changing Religion, Daiyan Urges Reporting Of Fake Account

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Terima Teguran Ramai, MK Mohon Maaf Tak Pakai Tali Pinggang Keledar – “Tak Ada Alasan, Memang Salah!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Henry Golding Makin Gah, Dapat Peluang Berlakon Dengan Charlize Theron Dan Uma Thurman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Newspaper Notice Fails, Raja Azura’s Ex-Husband Still Untraceable

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Announces Wedding this December 12 With Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G-Dragon Criticised After 2025 MAMA Awards Performance

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Eight-Year Wait Ends, Indah Ruhaila Expecting First Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Engaged To Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sarah Suhairi Rejects Skin-Brightening Treatment Offers

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Missing from The Entertainment Radar, Juliana Banos Chooses Family

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Grateful As Wedding Preparations With Childhood Neighbour Progress Smoothly

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Appears At GenKRU The Finale For Her Children

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Reveals He Was A Victim Of Body Shaming Until It Brought Him To Tears

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd