Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Lepas Dua Tahun, Lagu Pejam Gandingan Khai Bahar Dan Adira Diperdengar

09/10/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Extra
Lepas Dua Tahun, Lagu Pejam Gandingan Khai Bahar Dan Adira Diperdengar

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Selepas dua tahun, akhirnya lagu Pejam gandingan Khai Bahar dan Adira dilancarkan secara rasmi pada 22 September lalu.

Lagu Pejam adalah karya hasil ciptaan sepenuhnya oleh Audi Mok dan Shazee, yang diterbitkan oleh syarikat rakaman Nova Music.

Menurut Khai yang juga pemenang kategori ‘Penyanyi Lelaki Popular’ pada Anugerah Bintang Popular BH ke-35 yang lalu berkata, lagu itu sudah disiapkan sejak dua tahun lalu.

“Sebenarnya, lagu ini sudah siap lama, tapi disebabkan beberapa perkara yang perlu diselesaikan dulu jadi pelancarannya tertangguh. Alhamdulillah, selepas dua tahun, lagu ini dapat diperdengarkan kepada umum.

“Namun, bagi peminat yang pernah menghadiri persembahan Konsert Nafas Cinta Khai Bahar pada Februari 2022 di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ Pac), Pusat Membeli Belah One Utama, Bandar Utama, saya ada menyanyikan lagu Pejam ini bersama Adira.

“Selepas itu, memang ramai yang bertanya dan menunggu bila lagu ini akan dilancarkan. Namun, kami percaya pada perancangan syarikat rakaman. Jadi, baik saya mahu pun Adira, kami keluar dengan lagu solo masing-masing dahulu,” katanya.

Menurut Khai, idea berkolaborasi dengan Adira dicetuskan oleh syarikat rakaman Nova Music.

“Sewaktu konsert itu, Nova Music bertindak sebagai penganjur. Jadi, saya ada buat permintaan pada malam itu nak berduet dengan Aina dan Adira. Dari situ, pihak Nova terus mencadangkan agar saya rakam satu lagu duet baharu bersama Adira.

“Saya sambut baik idea itu dan mereka terus mencari lagu yang sesuai. Jadi, terhasillah lagu Pejam yang betul-betul kena dengan jiwa dan muzik yang kami bawakan. Sejujurnya, saya sangat gembira dan teruja kerana dapat berduet dengan seorang lagi penyanyi wanita hebat dan berbakat,” katanya.

Mengenai kerjasama dengan Adira, Khai menyifatkan bekas bintang Akademi Fantasia musim kelapan itu sebagai penyanyi yang cukup profesional.

“Biarpun ini kerjasama pertama kami dalam lagu, segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Adira seorang penyanyi yang sangat profesional dan banyak membantu. Dia tidak lokek ilmu malah kami saling bertukar pandangan dalam memberikan yang terbaik untuk lagu Pejam ini.

“Disebabkan itu, kalau nak tahu lagu Pejam yang dilancarkan ini adalah dari rakaman percubaan atau demo saja sebelum proses rakaman sebenar. Tapi, penerbit dan komposer cakap ia sudah cukup sempurna dan bagus. Mereka risau jika rakaman yang seterusnya tidak akan mendapat hasil yang diinginkan,” katanya.

Sementara itu, Adira meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang berduet dengan Khai sekali gus memenuhi impiannya.

“Saya kenal Khai dengan lagu-lagunya yang tular. Malah, dia juga antara penyanyi yang cukup popular selain memiliki kualiti vokal yang bagus. Diakui, merakamkan lagu duet bukan mudah.

“Sesama penyanyi perlu ada kesefahaman dan keserasian. Bukan saja dari segi suara, tapi juga penyampaian lagu. Alhamdulillah, dengan Khai kami dapat semuanya.

“Mungkin juga disebabkan pengalaman yang kami ada sebelum ini menerusi lagu duet lain menjadikan proses rakaman lagu Pejam lebih mudah. Pendek kata, hasil akhir lagu ini membuatkan kami dan semua pihak yang terbabit puas,” katanya.

Dalam masa sama, Adira berharap lagu Pejam mendapat tempat di hati peminat sekali gus meraih kejayaan tersendiri.

“Sudah tentu sebagai penyanyi, saya berharap setiap karya yang dihasilkan berjaya. Begitu juga dengan lagu duet ini.

“Saya mahu peminat puas dan gembira mendengarkan lagu ini. Saya yakin lagu Pejam ini adalah karya yang cukup indah untuk didengar dan dihayati. Paling penting, saya tidak sabar mendengar maklumbalas daripada semua peminat,” katanya.

Lagu Pejam sudah tersedia untuk didengar dan distrim di semua platform muzik digital.

Video muzik rasmi lagu tersebut juga boleh mula ditonton di saluran YouTube ‘Nova Music Videos’. – BOOM!

Previous Post

DJ Turkiye Fasih Dialek Kelantan, Fateh Imamoglu Penyanyi Soundtrack Geng Sakau VS Hantu Ting Tong

Next Post

Ada Yang Tak Puas Hati Aliff Aziz Top 5 – “Juri Bias, Aliff Aziz Tak Sedap Langsung!”

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Agency Responds To Alleged Tax Evasion Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Shares Challenges Of Raising Children After Divorce

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Suffers Rib Fracture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Min Hee Jin New Label Hit With Plagiarism Allegations

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Suffers Rib Fracture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd