Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Lahir Bayi Pra-Matang, Min Yasmin Yakin Ketentuan Illahi – “Allah Sebaik-baik Perancang…”

19/09/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Extra
Lahir Bayi Pra-Matang, Min Yasmin Yakin Ketentuan Illahi – “Allah Sebaik-baik Perancang…”

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi Min Yasmin meluahkan rasa syukur selepas melahirkan bayi lelaki pada 16 September lalu.

Putera sulungnya itu merupakan bayi pra-matang yang dilahirkan ketika berusia 30 minggu dan berat 800 gram.

Menurut Min, dia terpaksa menjalani pembedahan kerana mengalami tekanan darah tinggi yang tidak terkawal dan doktor mencadangkan prosedur (pembedahan) segera untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun kata Min, ini adalah ketentuan Tuhan buat dirinya dan dia menerima takdir ini dengan positif.

“Saya selalu berdoa kepada Allah supaya berilah sesuatu yang menurut-Nya, terbaik untuk saya. Mungkin ini yang terbaik.

“10 tahun saya menanti cahaya mata sendiri bersama suami (Julfekar Ahmad Shah), dan kini saya sudah bergelar ibu. Alhamdulillah,” katanya.

Pada 16 September lalu, Min melalui detik mencemaskan apabila terpaksa mengharungi proses bersalin secara pembedahan tanpa kehadiran suami di sisi.

Min Yasmin akur lebih dikenali di Filipina

“Disebabkan masalah kesihatan, maka, saya tak dapat elak untuk bersalin awal. Kalau setakat darah tinggi, saya boleh makan ubat. Tapi, sebab ada masalah dengan degupan jantung bayi, jadi, saya terpaksa jalani pembedahan juga.

“Dalam ambulan pun, kadar denyutan jantung bayi diperiksa dan macam tak aktif sangat sebab badannya terlalu lemah.

“Suami saya tak ada bersama ketika saya bersalin sebab pada 14 September, dia dah terbang ke Filipina atas urusan kerja.

“Tak sangka pula, saya akan bersalin awal sedangkan tarikh jangkaan adalah pada penghujung November.

“Jadi, sewaktu saya perlu jalani pembedahan itu, memang agak kelam kabut juga sebab pihak hospital cuba hubungi suami dan beberapa kali talian gagal di tembus.

Alhamdulillah, semuanya atas ketentuan Allah' - Min Yasmin

“Bila dapat tahu, dia pun terkejut dan tertekan. Saya kata kepadanya, tak apa sebab Allah ada.

“Sepatutnya, saya ada konsert di sana. Tetapi, disebabkan saya sedang mengandung, konsert itu ditunda. Disebabkan itulah suami perlu ke sana untuk uruskan beberapa urusan untuk penundaan itu,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan terkininya, Min memaklumkan dia dan bayi masih dirawat di hospital.

“Alhamdulillah, dah masuk hari ketiga dan semuanya dalam keadaan baik.

Selepas 10 tahun Min Yasmin akhirnya hamil

“Sekarang, saya masih di hospital dan bayi masih ditahan di dalam inkubator. Alhamdulillah, sewaktu dilahirkan, beratnya 880 gram dan cukup sifatnya. Saya harap, dia dapat bertahan,” katanya.

“Alhamdulillah juga sebab keadaan saya terutamanya tekanan darah saya pun dah stabil selepas bersalin. Cumanya, bekas pembedahan masih lagi bengkak dan kami masih perlu dipantau,” katanya.

Julfekar dan Min mendirikan rumah tangga pada April 2014 dan ini menjadi perkahwinan kedua buat Julfekar. Menerusi perkahwinan pertama, dia dikurniakan empat cahaya mata. – BOOM!

Previous Post

Ebit Lew Buat Laporan Polis | Farid Kamil, Diana Danielle Dah Rujuk 31 Ogos | Caprice Cabar Ebit Lew Saman

Next Post

‘Konsert Exists X Orkestra’ – “Tanyalah Mana-mana Pemuzik, Semua Ada Impian Bergabung Dengan Orkestra…”

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Reveals Terrifying Experience Of Being Disturbed By A Pontianak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Terrified Of Dating Again

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Willing To Become A ‘Grandmother’ For Secret Dates

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Everyone Has Their Own Trials – Bella Dowanna

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Willing To Become A ‘Grandmother’ For Secret Dates

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Terrified Of Dating Again

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Is Determined To Be Free Of Alcohol Addiction

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Reaches 500 Million Streams On Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ellie Goulding Reveals Panic Attacks Prevented Her From Leaving The House

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Elly Mazlein Turns Down Nearly RM500,000 Offer To Remove Hijab

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seohyun Criticized for Using Celebrity Status to Perform Solo Violin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd