Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

“Ketika Kejadian Ada Sekuriti Di Luar, Penyerang Masuk Ketika Semua Sibuk Kemas Booth” – Roslan Shah

14/03/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Exposé
“Ketika Kejadian Ada Sekuriti Di Luar, Penyerang Masuk Ketika Semua Sibuk Kemas Booth” – Roslan Shah

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Selebriti Singapura, Roslan Shah menafikan tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa tiada kawalan keselamatan di lokasi pelakon Kamal Adli diserang.

Menurut Roslan, sekuriti memang disediakan penganjur setiap kali berlangsungnya acara di Expo Singapura.

“Dah berapa tahun saya terlibat dengan acara di sana, tidak pernah mereka abaikan tentang keselamatan. Pada hari kejadian juga, ada sekuriti di luar dewan.

“Tetapi bila benda dah nak jadi kita pun tak tahu. Penyerang pula datang ketika program sudah hampir habis, kira-kira pukul 9.30 malam. Bila dia panggil nama Kamal, sudah tentu mereka ingat dia juga adalah peminat yang mahu bergambar.

“Dan ketika itu semua selebriti dan peniaga sedang sibuk mengemas booth dan barang jualan masing-masing. Kejadian berlaku terlalu pantas,” katanya.

Mengulas mengenai keadaan terkini Kamal, Roslan berkata pelakon tersebut berada dalam keadaan baik, namun tidak boleh mengulas lanjut mengenai siasatan yang sedang berlangsung.

 

“Apa yang boleh saya katakan, Kamal berada dalam keadaan baik cuma Uqasha masih trauma. Lain-lain saya tidak mahu memandai-mandai kerana kes masih dalam siasatan,” katanya.

Roslan ditemui ketika sidang media majlis berbuka puasa bersama Khai Bahar bagi meraikan anak yatim dan miskin Raudhatul Al Faeez.

Bagaimanapun Roslan mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana tidak lepas tangan dan bertindak cepat dengan membawa Kamal ke hospital.

“Terima kasih kepada penganjur kerana bertindak pantas dan memudahkan semua urusan. Mereka juga segera membawa Kamal ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan segala kos pembedahan ditanggung mereka.

“Apa pun saya berharap, rakan-rakan dari Malaysia tidak serik untuk menyertai acara di sini lagi dan semoga perkara seumpama ini adalah yang terakhir, tidak ada lagi selepas ini.

“Saya juga menyeru supaya tidak ada lagi pihak yang mengambil kesempatan dengan berkata yang bukan-bukan sehingga boleh mengeruhkan hubungan di antara dua negara. Kita ni serumpun, tidak ada gunanya berbalah. Serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk mengadilinya,” katanya.

Ahad lalu, Kamal diserang oleh individu yang tidak dikenali ketika sesi bertemu peminat di Expo Singapura.

Dalam kejadian itu, Kamal mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan selepas diserang seorang lelaki berusia 34 tahun menggunakan cota besi.

Kamal kemudian dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan menjalani pembedahan. – BOOM!

Previous Post

“Berpihak Kepada Yang Benar, Saya Sokong Keinginan Isteri Mencelah” – Yusof Haslam

Next Post

“Ia Berbeza Dengan Apa I Cakap!” – Ulasan Disalah Lapor, LJ Terima Padah Dikecam Netizen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 3X Bigger Than Marvel? Pokemon Tops Global Anime Franchise Chart!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Wanita Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “No Need To Be So Disappointed…” – Video With Zarina Anjoulie Sparks Talk, Daddy Ash Speaks Out

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Viral Religion Change Issue, Marshanda Steps Forward With Explanation

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chazynash Slams Cheating Rumors – “I Got Close After The Divorce”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Pablo Minta Maaf Tuduh Bekas Kekasih Hisap Dadah, Sedia Bekerjasama Dengan JAKIM, PDRM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd