Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Kes Dadah Yasin: Ahli Kimia Sahkan Terima 19 Beg Plastik Berisi Kanabis – “Dua Ketulan Mampat Dan 17 Pokok Dalam Pasu…”

29/08/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Extra
Kes Dadah Yasin: Ahli Kimia Sahkan Terima 19 Beg Plastik Berisi Kanabis – “Dua Ketulan Mampat Dan 17 Pokok Dalam Pasu…”

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Saksi pendakwaan pertama perbicaraan membabitkan penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, bahawa beliau menerima 19 beg plastik mengandungi dua ketulan mampat dan 17 pokok dalam pasu daripada anggota polis, Mac tahun lalu, yang disahkan kanabis selepas dianalisis.

Ahli kimia itu, Dr J Saravanan Kumar, 48, yang bertugas di Bahagian Narkotik Jabatan Kimia Malaysia ketika membaca pernyataan saksi berkata, selepas dianalisis kesemua ketulan mampat dan bahan tumbuhan yang diambil daripada pasu itu disahkan adalah kanabis.

“Pada 28 Mac 2022 jam 4.18 petang, saya menerima 19 beg plastik bermeteri Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada Inspektor Muhammad Amirul Mukmin Aziz.

“Kemudian, saya memeriksa kesemua beg plastik yang mana dua daripada beg plastik berisi ketulan mampat, saya menerima 17 pasu bertanda yang juga selepas dianalisis adalah kanabis,” katanya.

AGC rejects Yasin's third representation to review drug charges, singer to file fourth

Menurut saksi itu, selepas menerima kesemua barangan itu, dia memulakan analisis dengan mencabut pokok dari pasu yang berisi tanah selain berat pokok dicabut itu ditimbang menggunakan penimbang elektronik yang dikalibrasi dan ketinggian pokok diukur menggunakan pembaris.

“Kemudian saya menjalankan satu skema analisis yang terdiri empat kaedah ujian ke atas pokok-pokok itu iaitu pemeriksaan fizikal secara visual dan menjalankan pemeriksaan ke atas keseluruhan pokok 100 peratus dan mendapati pokok adalah dari satu jenis tumbuhan yang sama (Kanabis) dan tiada bahan asing,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin mengenai pengetahuan saksi itu mengenai penanaman dan penjagaan pokok kanabis, saksi itu berkata, melalui bahan pembacaannya penanaman kanabis memerlukan biji benih, pencahayaan dan suhu yang sesuai.

“Selain biji benih, proses penanaman kanabis ini juga memerlukan pencahayaan yang sesuai untuk membolehkan tumbuhan ini bercambah yang mana ia boleh dilakukan melalui penanaman secara indoor lighting source seperti penggunaan cahaya ultraviolet,” kata saksi itu.

Selesai disoal pihak pendakwaan ketika pemeriksaan utama, saksi itu tidak disoal balas oleh peguam Ariff Azami Hussein yang mewakili Yasin.

“Kami tiada soalan untuk saksi ini,” katanya.

Yasin yang memakai baju kemeja T hitam dan berseluar putih dilihat tenang ketika berada di kandang tertuduh.

Perbicaraan hari pertama itu turut dihadiri ibu dan adik-beradiknya.

Mengikut pertuduhan pertama, Yasin atau nama sebenarnya, Muhammad Yasin Sulaiman, 47, didakwa dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, 5.30 petang pada 24 Mac tahun lalu.

Bicara Yasin: Ahli kimia sahkan ketulan mampat, 17 pokok adalah kanabis - Kosmo Digital

Bagi kesalahan itu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua, Yasin didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis yang diperoleh secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama yang mana pertuduhan itu mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum mengikut Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Sementara bagi pertuduhan ketiga Yasin didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, 11.05 malam pada tarikh sama.

Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan. – BOOM!

Sumber: HARIAN METRO

Previous Post

Ucapan Motivasi Khairul Aming Kepada Content Creator Muda | Nazim Othman Pakai Crown | Da’i Syed Saman Pemfitnah

Next Post

Bawa Pelajar Tonton ‘Konsert Maksiat’, PU Syed Tegur Pengurusan Tahfiz

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Hurt by Kanye’s Paris Robbery Accusation

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adira And Shahir ‘Unite’ For The OST Of Duyung Sequel

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam Corrie Shares Guidance For Tattooed Converts

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Newspaper Notice Fails, Raja Azura’s Ex-Husband Still Untraceable

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KRU Announces Magika Studio Development Enters Commercialisation Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli Admits 2025 Is A Year Of Sorrow Despite Abundant Opportunities

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Newspaper Notice Fails, Raja Azura’s Ex-Husband Still Untraceable

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Announces Wedding this December 12 With Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G-Dragon Criticised After 2025 MAMA Awards Performance

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Eight-Year Wait Ends, Indah Ruhaila Expecting First Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed’s Rape Conviction Appeal Decision Set for 23 January 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Engaged To Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Missing from The Entertainment Radar, Juliana Banos Chooses Family

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Grateful As Wedding Preparations With Childhood Neighbour Progress Smoothly

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Appears At GenKRU The Finale For Her Children

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Reveals He Was A Victim Of Body Shaming Until It Brought Him To Tears

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mariah Carey’s Daughter Refuses To Acknowledge Father’s Other Children As Siblings

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd