Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

“Jangan Laga-lagakan Artis, Tak Baik…” – Ernie Zakri

13/07/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Extra
“Jangan Laga-lagakan Artis, Tak Baik…” – Ernie Zakri

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi Ernie Zakri tidak bersetuju apabila ada segelintir yang suka melaga-lagakan artis pujaan mereka dengan yang lain.

Kata Ernie, dia faham setiap individu mempunyai minat masing-masing tetapi jangan keterlaluan sehingga menyebabkan hubungan sesama sendiri menjadi tegang.

Ernie juga tidak setuju apabila peminat melaga-lagakan dia dengan artis lain pada hal mereka sesama dalam industri baik-baik saja.

“Kadang-kadang kasihan dengan peminat. Mereka tak tahu kami mempunyai hubungan yang baik dalam kalangan penyanyi, artis sendiri. Saya mempunyai hubungan baik dengan penyanyi-penyanyi lain, Insya-Allah, Alhamdulillah.

“Ketika dulu, saya rasa tak ‘best’, tak syok. Tapi bila saya fikir balik, peminat akan tetap menyayangi penyanyi mereka, peminat-peminat saya pun sayang saya.

“Jadi, apabila timbul satu perasaan untuk pertahan artis mereka, rasa artis mereka terbaik, tidak mengapa. Tapi kadang-kadang kalau sampai caci maki, saya rasa itu tak baguslah,” katanya.

Mengulas mengenai dirinya yang disunting syarikat rakaman antarabangsa, Universal Music Malaysia, Ernie aku teruja.

“Saya berasa sangat gembira dengan tawaran ini dan perasaan teruja serta gementar timbul dalam diri saya pada waktu yang sama. Ini kerana banyak perancangan yang telah dibincangkan bersama pihak Universal Music untuk kemajuan kerjaya saya dan saya begitu tidak sabar untuk semuanya,” katanya.

Selain ingin memberikan yang terbaik sebagai artis terbaharu Universal Music, Ernie juga mempunyai harapan tersendiri.

“Semestinya saya berharap akan ada perubahan dalam kerjaya saya, selain ingin mencuba benda yang baharu. Saya memang inginkan perjalanan seni yang baharu dan mengharapkan lebih banyak peluang untuk saya kelak.

“Lagipun saya memang sudah mengenali syarikat rakaman Universal Music dari dulu lagi. Malah saya juga mengikuti perkembangan artis-artis yang bernaung di bawah mereka.

Memang menjadi salah satu impian saya untuk bekerja dengan pihak Universal Music. Ini kerana kebanyakan warga kerja mereka terdiri daripada orang yang berpengalaman besar dalam industri muzik tempatan,” tambahnya lagi.

Bersiap sedia untuk bekerjasama dengan syarikat rakaman terbaharunya Ernie menjelaskan bahawa dia bakal mengumumkan pelbagai perkembangan terkini.

“Saya tetap percaya dan akan terus mengejar impian saya. Saya faham bahawa untuk bekerjasama, tiada salahnya untuk mengatakan tidak pada perkara-perkara yang kita tak setuju. Kita harus tahu apa yang kita inginkan dan yakin dengan diri sendiri, walaupun mungkin ada yang tidak percaya pada diri kita sendiri.

Selain itu, ini satu langkah besar dalam kerjaya saya sebagai seorang artis solo, jadi saya berharap apa yang saya impikan akan berjalan dengan baik. Berkat aspirasi serta hala tujuan yang sama dengan keluarga baharu saya ini, saya harap semuanya akan menjadi lebih baik. Jadi nantikan perkembangan terbaharu kami tidak lama lagi,” katanya. – BOOM!

Previous Post

[V] ABPBH 35: “Ini Kalilah! Kita Bagi Barkoba Menang!” – Bell Ngasri Tak Sangka Jadi Fenomena, Dapat Sokongan Ramai

Next Post

Dituduh Jual Agama Baby Shima Saman PU Syed Dan Ketua Pemuda PAS Kuantan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Police Raid PSY’s Office Over Controlled Drug Violations

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Confirms Endometriosis Diagnosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • After The Success of APT, Bruno Mars Announces New Song

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fazley Yaakob Criticizes Unfair Judgement of Widowers and Divorced Women

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd