Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

“Ini Fitnah Paling Teruk Kami Kena!” – Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Saman Penulis Blog

03/03/2023
Abang Deeby Abang Dee
in Extra
“Ini Fitnah Paling Teruk Kami Kena!” – Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Saman Penulis Blog

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Perjalanan pelakon dan usahawan Wawa Zainal membina empayar bisnes kosmetik sehingga berjaya mencipta nama yang gah bukan suatu perkara mudah.

Banyak air mata dan keringat dilaburkan, selain pelbagai suka duka yang dilalui untuk berdiri hebat dengan produk kosmetik yang berada di pasaran.

Malangnya, nama baik yang dibina selama beberapa tahun tiba-tiba dicemari dengan laporan sebuah blog yang menggunakan fotonya bersama suami, Aeril Zafrel bagi paparan artikel mengenai isu syarikat potong gaji pekerja.

Wawa berkata, berita kegagalannya membayar penuh gaji pekerja seperti dihebohkan di media sosial adalah fitnah terburuk pernah diterimanya bersama Aeril.

“Ini adalah fitnah paling teruk pernah kami terima. Kalau blogger itu meletakkan tanda soal dan gambar kami dikaburkan dalam kenyataannya, mungkin kami boleh terima lagi.

“Isu yang dikaitkan dengan kami itu tidak betul. Kami tidak pernah memotong gaji pekerja. Malah, ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pun, kami masih berikan bonus kepada pekerja.

“Pada tahun lalu pula, staf saya sangat meriah dengan bonus. Hari raya dan hujung tahun pun dapat bonus. Mereka juga dapat bercuti ke luar negara, berjalan-jalan dan membeli belah,” katanya.

Menurut Wawa, dia dan Aeril berasa amat kecewa dengan tuduhan yang dimuat naik blog terbabit.

“Sebenarnya, tiada siapa pun yang menuduh saya atau Aeril tetapi pihak blog itu yang membuat spekulasi sendiri. Merekalah sebenarnya yang mencetuskan fitnah ini.

“Pihak blog itu dengan yakin memuat naik gambar kami seolah-olah pihak berkenaan mengiyakan dakwaan syarikat kamilah yang dimaksudkan kerana tidak membayar gaji pekerja.

“Saya difahamkan blog terbabit sudah menerima surat ‘letter of demand’ (LOD). Perkara ini diuruskan oleh Aeril sebab dia rasa geram sangat.

“Aeril memang nak ambil tindakan kerana perbuatan pihak terbabit mencalarkan nama baik kami. Sebagai usahawan, kami tak boleh biarkan kalau imej kami dicalar. Aeril anggap perkara ini sangat serius,” katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada empat orang cahaya mata ini turut memberitahu, dia tidak mahu hal seperti ini menjejaskan hubungannya bersama pihak media yang lain.

“Kepada pihak media terutamanya blogger yang saya kasihi, anda juga banyak menyokong kami. Jadi, kami tidak mahu perkara seperti ini merosakkan hubungan kita. Saya pun tak mahu perkara ini terjadi.

“Kepada blogger berkenaan, saya minta maaf kalau anda terasa dengan tindakan kami. Namun, kami tetap kena buat untuk memberi pengajaran bukan kepada dia sahaja tetapi juga kepada orang lain yang suka buat spekulasi sendiri,” katanya.

Biarpun diuji dengan dugaan dan fitnah, Wawa bagaimanapun bersyukur apabila dapat melancarkan pelembap bibir yang menjadi produk terbaharu syarikatnya.

Terdahulu, heboh di laman Twitter pendedahan seorang pekerja yang memberitahu gajinya dipotong oleh majikannya yang juga pasangan popular hanya kerana gagal mendapat sasaran jualan bulanan.

Bagaimanapun, sebuah blog dikatakan memetik nama Wawa dan Aeril sebagai majikan yang dimaksudkan, sekali gus mencemar nama baik pasangan berkenaan. – BOOM!

Sumber: HARIAN METRO

Previous Post

[V] Reaksi Lufya Omar Menyambut Salam Dihulur Julia Farhana Cetus Prasangka Buruk

Next Post

Tarik 20,000 Pengunjung, Lokasi Terakhir Jelajah Suria Di Damansara Esok Bakal Lebih Hebat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Adam Sandler Speaks Out On Story About Daughter Being Humiliated Involving Fake Chanel

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ameera Khan Desires A Wealthy Man Who Can Guide Her

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIGBANG Set To Make A Comeback In Conjunction With Their 20th Anniversary

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • HBO Max’s Harry Potter Adaptation Series Expected To Become A Phenomenon

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Clarifies Zarina Former Fiancé Is Only A Work Colleague

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • The Danger Of Exploiting Religion: Erma Fatima Uses Walid As A Warning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “No Need To Be So Disappointed…” – Video With Zarina Anjoulie Sparks Talk, Daddy Ash Speaks Out

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • T.O.P Of BIGBANG Announces Solo Comeback After Three Years Of Hiatus

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • A Wounded Heart Is Not A Barrier, Fazura Chooses To Forgive Lan Pet Pet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam Sandler Speaks Out On Story About Daughter Being Humiliated Involving Fake Chanel

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 17 Cannon Salutes Fired To Mark The Birth Of Prince Mateen Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Magika Ice Cream, Collaboration Between Kruniverse And SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Suffers Rib Fracture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Shares Challenges Of Raising Children After Divorce

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd