Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Dolla Belajar Sebutan Bahasa Sepanyol Dengan SonaOne Demi Damelo

04/08/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Extra, Music
Dolla Belajar Sebutan Bahasa Sepanyol Dengan SonaOne Demi Damelo

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Kumpulan yang baru memenangi Anugerah Kumpulan / Duo/ Kolaborasi Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-35, baru-baru ini, Dolla, kembali dengan single berjudul Damelo.

Damelo sudah pun berada di semua platform digital bermula 28 Julai lalu, malah video muzik lirik lagu ini juga sudah memasuki carta ‘Trending’ laman YouTube Music dan berada di tangga yang ke-10.

Terbaharu, video muzik rasmi Damelo akan dilancarkan pada jam 9 malam ini di saluran YouTube rasmi DOLLA VEVO.

Sementara itu pemerhatian BOOM! di media sosial Dolla mendapati, sudah ramai yang tidak sabar untuk menonton muzik video Damelo.

Malah menerusi video teaser yang dikongsi Dolla di laman sosial mereka, rata-rata menulis komen positif.

Mereka menyukai konsep lagu yang pada asalnya ditulis dalam Bahasa Sepanyol ini.

Dolla ketika ditemui baru-baru ini berkata, lagu Damelo diolah ke dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris oleh penyanyi rap wanita SYA dan diterbitkan oleh Joshua Tan, atau lebih dikenali sebagai Hard Lights.

Malah menurut Dolla, mereka terpaksa belajar sebutan bahasa Sepanyol daripada SonaOne untuk memastikan lagu ini disampaikan dengan betul.

“Walaupun lagu ini ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris, kami masih kekalkan beberapa bahagian dalam Bahasa Sepanyol sebagai penghormatan kepada penulis asal karya ini.

“Kami juga terpaksa belajar sedikit sebutan Bahasa Sepanyol daripada SonaOne dan adiknya untuk memastikan lagu ini disampaikan dengan betul.

“Selain itu kami juga suka bereksperimentasi dengan perkara baharu, malah kami juga mempunyai peminat dari Amerika Latin sekarang. Jadi masanya memang sesuai,” kata Dolla.

Lagu yang mempunyai judul dalam Bahasa Sepanyol ini mempunyai banyak makna buat empat gadis berbakat ini.

“Lagu ini tentang melakukan apa i sahaja untuk mencapai sesuatu. Dan untuk melakukan semua ini, kami menggunakan kebolehan serta tenaga kami sebagai wanita.

“Jika anda dengar lagu ini dengan betul, ia sebenarnya lagu kami yang paling feminin dan lantang bersuara mengenai pemerkasaan wanita” tambah mereka.

Lagu yang mengambil masa beberapa sesi untuk disiapkan ini juga hadir dengan sebuah video muzik menarik yang menampilkan visual sesuai dengan album penuh mereka yang akan terbit tak lama lagi.

“Video muzik buat Damelo merupakan satu langkah besar buat kami. Ia menampilkan sisi lain kami yang lebih matang.

“Ia menampilkan banyak unsur seperti padang pasir dan air dengan beberapa babak tarian juga. Kami mahukan sesuatu yang baharu dan luar biasa jadi kami cuba selitkan beberapa kejutan dalam video ini.


“Kami berikan sepenuh kepercayaan kepada Pyqul dan Tessera Productions untuk menghasilkan watak penjahat Sepanyol yang mereka berikan dengan baik.

“Pasukan itu muda, segar dan berjaya hasilkan video yang sangat hebat dan sesuai dengan lagu. Kami sangat gembira dengan video ini dan berharap semua orang akan menyukainya juga,” jelas Dolla tentang video muzik ini.

Namun, semuanya ada cabaran. Mereka terpaksa berhadapan dengan beberapa isu semasa penggambaran video muzik.

“Kami terpaksa beraksi di padang pasir dan sebuah bengkel yang sangat panas! Bayangkan kami terpaksa menari dan beraksi dengan lampu yang banyak selama berjam-jam di bawah sinar matahari.

“Tepukan buat pasukan penerbitan serta para penari kami yang mampu bertahan dengan kepanasan tika itu dan masih kelihatan hebat dalam video.

“Walaupun panas, ia mula hujan sewaktu kami merakam babak bengkel dan gara-gara itu kami mengambil waktu lebih lama untuk menyiapkannya.

“Tapi secara umum ia satu pengalaman yang hebat berkat perancangan yang baik oleh pasukan penerbitan,” tambah mereka lagi.

Dolla berharap Damelo akan membenarkan mereka mendekati lebih banyak pendengar serta peminat antarabangsa.

“Kami tak pernah mencuba genre ini sepenuhnya dan berharap karya ini akan mencapai pasaran baharu.

Ia juga lagu yang bagus untuk dinikmati di festival EDF. Harap semua akan menyukainya seperti kami,” katanya. – BOOM!

Previous Post

[V] Cantiknya…Bakal Bergelar Raja Sehari, Mimi Lana Dirai Dalam ‘Bachelorette Party’ Bertemakan Tropikal

Next Post

[V] Alah Pada Ubat Sampai Bengkak Mata, Nabil Mahir Semakin Pulih – “Pertama Kali Dia Makan Ubat Tu Terus… – Ayda Jebat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Hadid Boyfriend Arrested For Public Intoxication

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seth Meyers Mocks Trump Over ‘Skipping’ The Super Bowl

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Many Messages Asking To Be My Wife.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Suffers Rib Fracture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Jangan Buang Anak, Serah Kepada Saya” – Iesya Toh Jadi Talian Tol Bantu Mangsa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Agency Responds To Alleged Tax Evasion Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Suffers Rib Fracture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd