Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Datuk Nash Terima Anugerah Sumbangsih Daripada USIM

24/01/2024
BOOM!by BOOM!
in Extra
Datuk Nash Terima Anugerah Sumbangsih Daripada USIM

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

“Anugerah ini sangat bermakna kerana ia adalah satu pengiktirafan tidak mungkin dilupakan sejak berjuang dalam bidang seni lebih 40 tahun,” kata penyanyi legenda, Nashrudin Elias atau lebih dikenali dengan Datuk Nash.

Nash, 65, menerima Anugerah Sumbangsih (Individu) daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa 2022/2023 (AKSIS 22/23) bertempat di Dewan Auditorium Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM, di sini, semalam.

Anugerah Sumbangsih terima atas pelbagai sumbangan dan idea dalam bidang seni persembahan di USIM melalui pelantikannya sebagai Karyawan Seni USIM sejak 2016.

Nash berkata, dia teruja menerima anugerah yang kali pertama diterima daripada universiti berprestij itu.

“Ini satu pencapaian bagi saya sebagai orang seni. Saya teruja kerana ini adalah pengiktirafan dari USIM sebagai menara gading yang berprestij di negara ini.

“Alhamdulillah, khidmat saya di universiti ini sejak 2016 dan hasil tunjuk ajar serba sedikit untuk kepentingan pelajar mendapat perhatian daripada pengurusan USIM,” katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah berkenaan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Pada Syurga Di Wajahmu itu berkata, dia diberikan peluang mencurahkan ilmu dan pengalaman dengan memberi tunjuk ajar daripada pelbagai segi seni persembahan.

“Banyak aktiviti diadakan oleh USIM yang saya sertai termasuk dilaksanakan di luar negara seperti di Indonesia dan Thailand serta beberapa negara lain di rantau ini,” katanya yang memaklumkan tugasnya di USIM masih berbaki dua tahun lagi iaitu sehingga tahun hadapan jika tidak disambung.

Nash berkata, pada peringkat awal pembabitannya sebagai Karyawan Seni USIM turut disertai artis lain termasuk Syed Indera Syed Omar atau Siso daripada Kumpulan Kopratasa dan komposer terkenal, Fauzi Marzuki.

Biodata Profail dan Latar Belakang Nash @ Datuk Nashrudin bin Hj Elias - MYKMU.NET

Bagaimanapun, katanya, dia masih kekal hingga sekarang meneruskan khidmat di USIM, manakala artis lain sudah bertukar ganti.

Nash berkata, program besar terdekat yang akan disertainya ialah di Indonesia pada Mei depan membabitkan aktiviti pertukaran pelajar.

“Kesediaan saya memikul tanggungjawab sebagai Karyawan Seni USIM kerana menganggap ia sebagai suatu bentuk sumbangan berterusan dalam mendidik masyarakat untuk menghayati seni.

“Setiap kerja yang dilakukan hendaklah lahir daripada keikhlasan sejati yang diterjemahkan kepada mereka yang ada di depan mata.

“Bukan laksanakan amanah atau kerja hanya kerana nama atau merasakan diri kita hebat, kerana hakikatnya tiada yang lebih hebat melainkan Allah.

“Pengiktirafan ini sebagai satu kejayaan dan USIM satu-satunya universiti yang menghargainya,” kata Nash yang juga bekas vokalis bagi Kumpulan Step Closer dan Lefthanded.

Terdahulu, Nash menerima Anugerah Sumbangsih daripada Timbalan Naib Canselor USIM (Hal Ehwal Pelajar dan Ulumni), Prof Datuk Dr Adnan Mohamed Yusoff.

Yang turut hadir, Naib Canselor USIM, Prof Datuk Ts Dr Sharifudin Md Shaarani serta ketua-ketua jabatan universiti berkenaan.

Nash tidak menghampakan hadirin pada majlis apabila menyampaikan dua lagu popular, Zahir Tak Terucap dan Ku Di Halaman Rindu. – BOOM!

Sumber: HARIAN METRO

Previous Post

Wan Hanafi Su Saran Rombak Subjek Sejarah Di Sekolah

Next Post

Ajak Shiro Ulang SPM Ambil Kertas Matematik, Masuk Kelas Tuisyen Dengan Anak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kumpulan Pelawak Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “No Need To Be So Disappointed…” – Video With Zarina Anjoulie Sparks Talk, Daddy Ash Speaks Out

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Wanita Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Viral Religion Change Issue, Marshanda Steps Forward With Explanation

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chazynash Slams Cheating Rumors – “I Got Close After The Divorce”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd