Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

“Biarlah Kalau Ada Yang Anggap Saya Sendu” – Faezah Elai Terkejut Dilamar …

13/06/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Extra
“Biarlah Kalau Ada Yang Anggap Saya Sendu” – Faezah Elai Terkejut Dilamar …

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Jarang kelihatan di kaca televisyen menerusi drama mahupun telefilem, menyebabkan pelakon Faezah Elai digelar ‘sendu’ oleh sesetengah netizen.

Bagaimanapun, pelakon berbakat besar ini tidak pernah mengambil pusing tentang perkara tersebut, sebaliknya hanya menganggap ia sebagai rezeki.

Apa yang penting kata Faezah, jika rezeki tidak berpihak dalam bidang lakonan ia akan datang dari sumber yang lain.

“Saya tidak pernah kisah pun dengan gelaran pelakon sendu tu. Saya percaya pada rezeki yang Allah SWT sudah tentukan.

“Misalnya baru-baru ini, saya telah dilamar jenama Mawar Cotton untuk kempen Hari Raya Aidiladha ini. Siapa sangka?,” katanya.

Tambah isteri kepada pengarah Heykal Hanifah itu lagi, dia masih terkejut dengan lamaran dan pelawaan jenama Mawar Cotton.

“Saya anggap ini rezeki terindah. Jujur hingga saat ini saya rasa macam masih bermimpi dengan tanggungjawab dan amanah diberikan selama sebulan untuk kempen raya haji ini.

“Syukur, di sebalik ada yang menganggap saya ‘sendu’ , ada jenama yang berani memilih saya.


Kata mereka, koleksi Hajeera Edition khususnya kena dengan personaliti saya,” katanya yang mula berhijab pada 2015.

Ibu kepada Luqman Haqeem, Sarah Heyrissa, Luq Adam Heydhani, Dealova
Heyrinna dan Aurora Heyricca ini secara peribadi turut menyenangi rekaan baju kurung jenama terbabit.

“Pendek kata, rekaannya sesuai dengan gaya dan cita rasa saya. Rekaannya juga ‘rare’ dan tak polos. Motif yang direka dan dihasilkan bagai memberi nyawa kepada baju kurung jenama itu,” katanya.

Lebih 17 tahun menceburi bidang seni, wanita kelahiran Pulau Pinang itu mengakui pembabitan seninya tidak seaktif dulu.

“Lagipun status saya sebagai ibu khususnya memerlukan saya memberi perhatian rapi kepada anak. Saya tidak pernah menyesali keadaan ini. Ikutkan tawaran berlakon drama dan filem tak pernah putus sampai saat ini.

“Cuma saya terpaksa tolak secara baik, kerana tak mahu menyusahkan produksi. Senang cerita, saya memang banyak berlakon di bawah arahan suami sendiri.

“Kalau ada tawaran pengarah dan produksi lain, jika kena dengan watak dan waktu… insya-Allah saya boleh pertimbangkan terutama kalau cuti sekolah.

“Jadi apabila tumpuan lebih kepada keluarga, saya banyak curi masa mempromosi perniagaan sendiri dan terbaharu bersama jenama Mawar Cotton,” katanya.

Faezah merupakan wajah kempen baju kurung koleksi raya Aidiladha dipanggil Hajeera Edition.

Pengasas dan pemilik Mawar Cotton, Nik Hetty Eliya (kiri) bersama Faezah Elai

Koleksi sebanyak 13 pilihan warna terdiri daripada kurung pleated (enam warna) dan kurung scallope (tujuh warna) itu dilancarkan 9 Jun lalu bersempena sambutan Hari Raya Korban yang bakal diraikan hujung bulan ini.

Menurut pengasas jenama itu, Nik Hetty Eliya Nik Ab Rahman, pemilihan artis berstatus ibu kepada lima cahaya mata itu didorong dengan alasan yang konkrit dan bertepatan dengan sasaran pelanggan mereka.

“Awalnya kami pernah menggunakan khidmat dia (Faezah) ketika mempromosikan koleksi terdahulu yang kami keluarkan beberapa tahun lalu. Percaturan kami mengena apabila ulasan dan promosi dilakukannya mendapat sambutan memberangsangkan di kalangan penggemar jenama kami,” katanya.

Jenama Mawar Cotton sudah berada di pasaran sejak tahun 2012 dan meledak
pada awal 2020 dengan rangkaian koleksi custome printed kurung pleated, kurung riau dan scallope kurung.

Seiring dengan ledakan jenama itu, tanda pagar #properwearkurung juga terus meniti di bibir peminat.

“Koleksi baju kurung kami tawarkan dengan harga mampu milik dari RM100 hingga RM200.

“Insya-Allah kami sasarkan jualan sasaran setahun dalam RM10 juta,” kata Nik Hetty lagi.

Selain memilih Faezah untuk melonjakkan pengaruh jenama ini, Nik Hetty Eliya berkata pihaknya akan terus melancarkan pelbagai strategi pemasaran dalam melonjakkan nama jenama syarikat yang berdaftar di bawah Mawar Cotton Empire Sdn Bhd ini.

“Kami tidak akan betah duduk diam. Sebaliknya akan terus mengeluarkan inovasi rekaan cetakan yang outstanding khas untuk baju kurung kami yang lain dari yang lain di pasaran,” katanya.

Istimewanya, Nik Hetty Alia berkata salah satu design koleksi Hajeera Edition yang dicetak iaitu Cahaya Palestina juga akan disumbangkan ke badan amal terpilih.

“Setiap RM1 dari hasil jualan baju rekaan Cahaya Palestina akan disumbangkan ke badan amal terpilih untuk saudara Islam di Palestin.

Boleh ke pautan https://linktr.ee/mawarcottonHQ untuk maklumat lanjut. – BOOM!

Previous Post

Konsert Coldplay 4 Hari Di Singapura, Netizen Malaysia Tak Puas Hati – “Ini Tidak Adil!”

Next Post

Anna Jobling Lari Ke Bali | Faezah Elai Sendu | Konsert Coldplay 4 Hari Di Singapura | Hariz, Amy Nur Tinie Bercinta?

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Police Raid PSY’s Office Over Controlled Drug Violations

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Confirms Endometriosis Diagnosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • After The Success of APT, Bruno Mars Announces New Song

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fazley Yaakob Criticizes Unfair Judgement of Widowers and Divorced Women

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd