Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Ahmad Iqbal, Yayasan Ikhlas Bantu Adik Hafiz Derita Sakit Saraf

28/06/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Extra
Ahmad Iqbal, Yayasan Ikhlas Bantu Adik Hafiz Derita Sakit Saraf

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Beberapa minggu lalu ahli perniagaan serta pempengaruh kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli, menyertai Yayasan Ikhlas (YI) berkunjung ke kediaman seorang pesakit saraf, di Kuala Terengganu.

Malah Iqbal turut memuat naik video di laman Instagramnya mengenai kunjungan terbabit.

“Sebelum bekerjasama dengan YI, nama saya turut dipetik di kalangan warganet untuk membantu adik Hafiz.

“Tapi saya bersyukur ia dipermudahkan menerusi kerjasama dengan YI ini. Lagipun sementara nama saya dikenali, boleh guna peluang ini untuk ajak masyarakat menderma terus ke YI bagi Kempen BPS ini.

“Dari Kuala Lumpur saya terbang Ke Kuala Terengganu untuk menjayakan lawatan bersama YI ke rumah adik Hafiz. Malah sempat juga saya, pihak YI dan sukarelawan universiti mengemas rumah, membaiki bahagian rosak dan mengecat kediaman, membeli peralatan dapur serta katil khas kepada adik Hafiz.

“Saya sangat hiba, sedih dan dalam masa yang sama seronok dapat turut membantu. Sebagai pempengaruh, ada kelebihan mempunyai pengikut ramai. Dari situ sebaran info sebegini dapat mensasarkan lebih ramai orang untuk tahu isu yang ada.

“Saya berharap lebih ramai pempengaruh atau artis lain dapat turut membantu untuk menyebarkan sebarang mesej yang sebegini. Selain dari itu saya juga menyeru orang ramai turut sama-sama menderma sekecil-kecil nilai bermula RM10 seorang,” kata Ahmad Iqbal.

Tambah Ahmad Iqbal lagi, kempen sebegini harus diwar-warkan dengan lebih meluas lagi sebab masih ramai rakyat Malaysia yang tersisih dan memerlukan bantuan.

“Dengan kempen sebegini orang ramai senang mendapat maklumat untuk sama-sama turut membantu meringankan beban yang ditanggung.

“Saya puji usaha YI kerana sama-sama mengambil tanggungjawab untuk menjalankan kempen yang lebih besar kesedarannya bagi mempercepatkan bantuan kepada adik Hafiz.

“Saya lihat YI juga sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang telus menerusi kempen dan usaha dianjurkan,” kata Ahmad Iqbal.

Kesihatan adik Hafiz, 21, dari Kampung Lorong Haji Da, Batu Buruk dilaporkan merosot sejak terjatuh tangga di sekolahnya ketika berusia 16 tahun.

Penderitaan adik Hafiz mendapat perhatian YI yang akan mengumpulkan dana untuk membiaya kos rawatan selain menyalurkan bantuan dan keperluan kepada beberapa pesakit lain.

Hal itu disahkan oleh Pengerusi YI, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin menerusi kenyataan media disampaikan baru-baru ini.

“Kempen Bantu Pesakit Sihat ini sudah berjalan selama dua tahun lalu, di mana pihak kami (Yayasan Ikhlas) dalam usaha membantu golongan yang tidak berkemampuan ini yang tersisih daripada segi pembiayaan bantuan kewangan dan perubatan.

“Ikutkan sudah ramai pesakit yang pihak kami berjaya bantu sejak kempen ini berjalan. Kes adik Hafiz antara yang terpencil kami usahakan baru-baru ini.

“Kami berusaha mahu membantu dan mengurangkan beban keluarganya. Kami menyeru orang ramai turut sama-sama ambil tanggungjawab bantu menderma, dan boleh layari https://bantupesakitsihat.com/bantu-hafiz/,” kata Prof Dr Zainur Rashid.

Untuk rekod, YI hadir memberikan bantuan berkala selama setahun seperti bantuan susu, lampin pakai buang, bantal dan tilam.

Bantuan berkala ini juga akan terus menerus bersama adik Hafiz dan akan mengikuti perkembangan kesihatannya sehingga mendapat berat badan yang lebih baik.

Anggaran kos yang perlu di tanggung bapanya juga adalah sebanyak RM2,000 sebulan. – BOOM!

Previous Post

Nama Michelle Yeoh Bakal Diabadikan Di Hollywood Walk of Fame

Next Post

Ira Tenang Dan Positif, Ayah Paling Okay… – Kakak Ira Kazar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taylor Swift, Travis Kelce To Marry On June 13?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Maintains Turban Image According To Suitability

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Opens Restaurant At A Cost Of RM4 Million

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BLACKPINK Announces World Tour! Here Are The Locations & Dates You Need To Know

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lee Dong-wook Brings MY SWEET HOME Across Asia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Impian Beraksi Diiringi Orkestra Tercapai, Cakra Khan Wujudkan Kenangan Indah Di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Crowds Flock To Tauke Jambu’s RM1 Pancake Stall

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher To Marry A Man 40 Years Younger

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Grateful As Wedding Preparations With Childhood Neighbour Progress Smoothly

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Missing from The Entertainment Radar, Juliana Banos Chooses Family

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd